PENYELARAS: SHIDA YASIN    FOTO: MOHD HAFIZ ADNAN

Melalui perbualan telefon  beberapa kali, penulis dapat mengagak Datin Maria Abdullah seorang personaliti  yang mudah didekati, ramah,  mesra dan ceria. Penulis rasa berbesar hati bila beliau tidak keberatan meluangkan sedikit masa dari kesibukan  rutin harian untuk bagi menyediakan dua respi istimewa yang menjadi kegemaran suami  Dato’ Noorazman dan putera tunggal Muhammad Emman.

Resipi Ketam Mentega Special Dan Patin Tempoyak Air Tangan Datin Maria Memang Terbukti Sedap.

Tiba hari temujanji dan kami sampai di kediaman Datin Maria, pembantu rumahnya menjemput kami masuk.  Sambil beriringan masuk dia memberitahu majikannya, Datin Maria kurang sihat. Perkabaran itu menjadikan penulis berasa gusar dan bersalah. Sejurus menunggu di ruang tamu, Datin Maria muncul dengan wajah ceria sambil bertanya khabar. Beliau kemudian mengakui kurang sihat dan baru pulang dari berjumpa doktor, tetapi tidak menjadi halangan kepada beliau untuk menyediakan masakan untuk dikongsikan bersama majalah Rasa.

“Semua bahan sudah saya beli dan siapkan tinggal masak sahaja sekejap lagi. Lagi pun resipi yang saya akan masak petang ini adalah resipi mudah, iaitu  Ikan Patin Masak Tempoyak dan Ketam Mentega. Kedua-dua resipi ini ringkas dan senang disediakan. Ketam Mentega bukan hanya disukai oleh suami dan anak. Sanak saudara atau rakan-rakan bila mereka datang, menu ini juga akan minta saya masak . Saya tidak tahu apa tarikannya sehingga semua mereka suka, sedangkan resipi sama saja,” ujar Datin Maria tertawa.

BAHAN-BAHAN SEGAR

Selesai di ruang tamu, kami meneruskan agenda kedua di ruang dapur.  Sebaik masuk ke dapur melihatkan bahan-bahan yang sudah tersedia dalam keadaan segar. Menyebabkan kami rasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang akan dimasak oleh Datin Maria.

Melihat ketam dan ikan patin yang masih segar. Terdetik di hati penulis, mungkin inilah rahsia kenapa Patin Masak Tempoyak dan Ketam Mentega yang dimasak oleh Datin Maria disukai suami, anak dan tetamu yang yang menjamu selera di kediaman beliau. Benar bagai yang diagak, Datin Maria memberitahu untuk hidangan yang ingin dimasak dan dikongsikan dengan kami, beliau telah mendapatkan patin segar  dari Sungai Pahang dan Ketam segar dari  Sri Langka khabarnya.

“Kalau bahan segar dan berkualiti, kita masak ringkas pun hasilnya mesti sedap. Saya sangat teruja dan seronok memasak bila dapat bahan-bahan segar,” cerita Datin Maria sambil sibuk memotong bahan sayur  sampingan yang akan dimasukkan bersama dalam masakan Patin Masak Tempoyaknya.

Ceritanya lagi, ada pelbagai versi Masak Tempoyak Patin di Malaysia,  ia bergantung pada tempat dan selera orang yang memakannya. Tetapi kalau orang Pahang masak,  selain tempoyak, bahan yang digunakan hanya kunyit hidup, cili padi, daun kesum.  Kalau ada dan jika suka, boleh masukkan bunga kantan sebagai penambah rasa.

Resipi Ketam Mentega Special Dan Patin Tempoyak Air Tangan Datin Maria Memang Terbukti Sedap.

IKLAN

Melihatkan cara Datin Maria memasak Patin Masak Tempoyak sangat mudah, aroma bau dari masak tempoyak sungguh menggoda selera. Ditambah pula dengan hidangan Ketam Mentega yang masih panas di dalam kuali sebelah  periuk Patin Masak Tempoyak. Benar seperti kata Datin Maria, bila seseorang itu pandai memasak dan selalu di dapur, resipi hanya sebagai panduan dan asas memasak.  Untuk menyedapkan dan menjadikan masakan itu menarik adalah kreativiti dan kemahiran mengolah dan menyesuaikan bahan.

“Saya sendiri bila memasak , selain mengutamakan keenakan rasa makanan  yang dimasak. Saya juga suka melihat warna dalam masakan.  Warna itu  memberikan tarikan kepada mata dan selera orang yang akan menjamah masakan itu nanti.  Sebab itu dalam Masak Tempoyak  Patin, selain bahan asasnya, saya akan campurkan bahan sampingan  seperti tomato, bendi, cili merah dan cili hijau,” ujar Datin Maria yang mempunyai pelbagai koleksi pinggang mangkuk  yang menarik.

“Saya rasa, kebanyakan wanita yang hobinya suka memasak, secara tidak langsung dia juga mempunyai pelbagai koleksi pinggan mangkuk kerana pinggan mangkuk adalah pelengkap hidangan makanan yang dimasak oleh seseorang.  Saya antara wanita yang suka menyimpan koleksi pinggan mangkuk,” ungkap Datin Maria  sambil mempelawa kami menikmat hidangan yang disediakan.

My Pro Wrestling Sdn Bhd (MyPW)

Mengakui sibuk dengan urusan perniagaan kawalan keselamatan yang diusahakan bersama suami sejak 30 tahun lepas, Kini Datin Maria baru sahaja menubuhkan sebuah syarikat baru yang dinamakan  My Pro Wrestling Sdn Bhd (MyPW). Sebuah syarikat yang menguruskan sebuah Wrestling  Training Centre .

“Biarpun masih baru, MyPW sudahpun mengendalikan lima acara perlawanan gusti Peringkat Asia di Malaysia. Cetusan idea ini datangnya dari minat anak tunggal saya yang  menyukai sukan gusti ini sejak usia 13 tahun lagi.

Resipi Ketam Mentega Special Dan Patin Tempoyak Air Tangan Datin Maria Memang Terbukti Sedap.

IKLAN

“Bagaimana pun sebagai seorang isteri dan ibu, sibuk bukan alasan untuk tidak memasak. Tetapi saya akan masak bila ada permintaan dari suami, anak atau bila ada tetamu ingin berkunjung. Kalau memasak jika tidak ada orang makan,  ia akan,” ujar Datin Maria yang mempunyai pelbagai koleksi pinggan mangkuknya. Demi memastikan skill memasaknya tidak hilang, sesekali beliau akan masuk dapur untuk mencuba  resipi baru dan masak masakan kegemaran suami dan anak. Atau bila ada tetamu  atau sanak saudara yang ingin berkunjung di kediaman mereka.

RESIPI:

Resipi Ketam Mentega Special Dan Patin Tempoyak Air Tangan Datin Maria Memang Terbukti Sedap.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan patin (anggaran  1kg) | bersihkan dan tos
  • 20 biji cili padi (bergatung kepada tahap kepedasan)
  • 3cm kunyit hidup
  • 4 tanggkai daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan | belah dua
  • 3 batang kacang bendi | buang tangkai dan hujungnya
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 3 sudu makan tempoyak/atau ikut kepekatan kuah
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Asam keping | jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk atau dikisar hingga halus.
  2. Kemudian campurkan bahan kisar dengan tempoyak dan gaul sebati.
  3. Seterusnya , lumurkan campuran tempoyak dengan cili kunyit tadi pada ikan patin. Perap sebentar seketika.
  4. Seterusnya masukkan ikan dalam periuk, dan tambahkan air dan masaknya di atas dapur.
  5. Masak hingga mendidih, kemudian tambahkan garam dan perasa secukupnya. Diikuti dengan bunga kantan, daun kesum dan kacang Bendi.
  6. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika.
  7. Sebelum tutup api masukkan buah tomato.

INFO:   Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, gaulkan dengan tepung gandum dan asam jawa atau limau nipis. Kemudian cuci bersih dengan air biasa dan toskan.

Resipi Ketam Mentega Special Dan Patin Tempoyak Air Tangan Datin Maria Memang Terbukti Sedap.

KETAM MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam (500gm) | potong dua
  • 50gm mentega
  • 5 biji cili padi  | belah dua
  • 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
  • 250 ml susu cair
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega, kemudian masukkan cili padi dan daun kari, goreng hingga wangi.
  2. Masukkan ketam, gaul sebati dan tutup periuk atau kuali seketika.
  3. Seterusnya masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi kemudian tutup seketika.
  4. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung, gaul seketika.
  5. Akhir sekali tutup api, ketam sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Masak ketam jangan terlalu lama, ia akan menyebabkan rasa manisnya hilang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI