Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut adalah antara kek lama yang sentiasa diburu oleh penggemarnya. Memang tak lekang dek zaman. Dari budak kecil hinggalah ke orang dewasa, memang sukakan kek ni. Bagi anda yang berminat nak buat, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil ni. Comfirm jadi! Geram tengok sarangnya!

 

KEK SARANG SEMUT

Puan Noor Azlina Kongsi Resipi Kek Sarang Semut Mudah & Sedap. Geram Tengok Sarangnya!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan gula halus | dicairkan
  • 2 cawan air panas | dimasukkan ke dalam gula yang telah cair untuk dijadikan gula hangus
  • 7 biji telur
  • 250gm mentega | dicairkan
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung kek
  • 2 sudu makan soda bikarbonat
  • 2 sudu teh esen vanilla

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Pukul telur secara lembut sahaja dan tak perlu sampai berbuih.
  2. Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, mentega cair dan tepung kek. Gaul hingga adunan sebati.
  3. Kemudian masukkan gula hangus. Sebatikan.
  4. Tapis adunan dan perap selama 1-4 jam. Boleh juga perap semalaman.
  5. Lapik loyang dengan parchment paper.
  6. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C kemudian baru dimasukkan loyang kek. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga kek masak.
  7. Semasa membakar, guna api bahagian bawah terlebih dahulu selama 30 minit dan api bahagian atas untuk 15 minit terakhir.

Puan Noor Azlina Kongsi Resipi Kek Sarang Semut Mudah & Sedap. Geram Tengok Sarangnya!

Puan Noor Azlina Kongsi Resipi Kek Sarang Semut Mudah & Sedap. Geram Tengok Sarangnya!

IKLAN

 

 

Kredit resipi & foto: Noor Azlina Khalil

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI