Kek Sarang Semut adalah salah satu dari kek tradisional yang menjadi kegemaran ramai serta tak lekang dek zaman. Dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Semua sukakan rasanya. Nak buat pun tak susah.

Bagi anda yang nak cuba buat kek ini tetapi tak ada ketuhar? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Ella Suhaila ini. Hanya masak guna pemanggang ajaib. Memang mudah! Hasilnya pun nampak sempurna. Jom cuba!

KEK SARANG SEMUT/GULA HANGUS

Resipi Kek Sarang Semut Comfirm Bersarang. Tak Perlu Perap & Bakar Guna Pemanggang Ajaib Je.

IKLAN

BAHAN GULA HANGUS:

  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar margerin atau mentega

CARA-CARA:

IKLAN
  1. Buat gula hangus. Bila gula dah cairatau perang,masukkan air panas (hati-hati nanti gula melompat @ merecik)
  2. Bila dah mendidih, masukkan margerin atau mentega. Sebatikan dan padam api.

BAHAN KEK:

  • 4 biji telur
  • 1/3 tin susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1 cawan tepung naik sendiri

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kacau sebati telur,susu, esen vanilla & soda bikarbonat. (empunya resipi hanya kacau guna garfu je. Kacau-kacau manja, pusing 1 arah).
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau sampai tepung sebati.
  3. Masukkan gula hangus yang masih panas dalam adunantepung dan kacau lagi.
  4. Lapik dasar pemanggang ajaib dengan aluminium foil. Oles sedikit margerin padaaluminium foil.
  5. Tapis adunan ke dalam pemanggang. Bakar menggunakan api kecil selama 20-30 minit atau hingga kek masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Kek Sarang Semut Comfirm Bersarang. Tak Perlu Perap & Bakar Guna Pemanggang Ajaib Je.

NOTA:

  1. Gandakan adunan supaya kek memenuhi pemanggang ajaib.
  2. Adunan tidak perlu diperap.
  3. Bakar hanya menggunakan pemanggang ajaib. Guna api kecil sahaja.

Kredit resipi & foto: Ella Suhaila

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI