Melalui facebook, Hidayati Hana berkongsi resipi membuat kek pastri buah yang sangat sedap. Kek ini memang simple sahaja tapi rasanya sungguh premium. Boleh cuba buat hujung minggu nanti. Mesti seronok dimakan seisi keluarga.

PASTRY FRUIT CAKE

Resipi Kek Pastri Buah Yang Sedap Menggoda

BAHAN-BAHAN
70 gram mentega (suhu bilik)
110 gram gula kastor
50 gram plain yogurt
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar parutan kulit lemon
140 gram tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
Buah (pihan pic, blueberi, strawberi, ceri, kiwi atau limau mandarin)

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dengan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga kembang sedikit.
3. Masukkan telur ayam satu demi satu dan esen vanila.
4. Masukkan parutan kulit lemon. Kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak. Kaup balik guna spatula.
6. Selepas siap, alaskan loyang saiz 7 inci dengan baking paper. Tuangkan adunan
7. Letakkan buah di atasnya. Jangan tekan. Letak sahaja.
8. Panaskan oven pada suhu 180 dan bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.

Resipi Kek Pastri Buah Yang Sedap Menggoda

 

IKLAN

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Hidayati Hana

IKLAN

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI