Kek mentega antara kek yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembuatan kek, boelh cuba resipi ini. Sangat mudah dan ringkas namun rasanya sangat sedap serta gebu! Memang puas hati.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ¼ cawan teping gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/8 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 113gm mentega | dilembutkan
  • 220gm gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 120ml susu cair @susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 60gm coklat masakan | dicairkan

BACA NI: 

Cara Halau Tikus, Semut & Lipas Dari Dapur Tanpa Guna Racun Kimia.

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung bersama serbuk penaikl dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan coklat yang dicairkan tadi. Pukul lagi hingga semua bahan sekata.
  4. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
  5. Griskan loyang bersaiz 8 inci, Alaskan dengan kertas minyak. Tuang adunan.
  6. Bakar pada suhu 160C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan kek seketika.

BAHAN-BAHAN GANACHE:

IKLAN
  • 200gm coklat gelap
  • 230gm UHT Whipped Cream
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan semua bahan secara ‘double boiler’ hingga cair.
  2. Tuang diatas kek tadi mengikut kreativiti anda.

Info chef: Untuk rasa kek yang lebih enak, guna mentega tulen ( pure butter).

BOLEH CUBA: 

Resipi Tomyam Poktek Viral! Patutlah Ramai Share. Sedap Rupanya!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI