Sesekali terasa nak makan kek coklat, pasti tercari-cari resipi yang sedap tetapi nakkan cara penyediaannya yang mudah dan ringkas. Ini resipi yang anda perlukan. Memang terlajak mudah. Comfirm puas hati.

 

 

KEK COKLAT KUKUS BERSAMA CHOCOLATE  GANACHE

BAHAN KEK:

BAHAN A:

IKLAN
  • 1 1/2 cawan tepung superfine
  •  1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

BAHAN B:

  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak jagung

BAHAN C:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan rata semua bahan A dalam satu bekas.
  2. Masakkan semua bahan B dengan api sederhana hingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga kembang dan bebuih.
  4. Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan bahan A ke dalam sebatian B dan C.
  6. Letakkan dalam loyang dan kukus selama 45 ke 50 minit.

 

CHOCOLATE GANACHE

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 350gm coklat masakan
  • 200ml susu cair
  • 100ml susu pekat manis
  • 1 sudu makan butter

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk secara double boil dan masukkan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Sejukkan sebelum di tuangkan atas kek.

Info Chef: Untuk rasa kek yang lebih enak, pastikan anda meletakkan chocolate ganache dalam kuantiti yang banyak. 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI