Kek Buah Kukus memang enak namun tidak ramai yang sanggup nak buat kerana menyangka kek ini susah untuk dibuat serta waktu memasaknya yang lama. Nak buat kek ni tak susah pun. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah didapati. Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah resipi perkongsian saudari Syara Fina ni.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 320gm gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500gm buah campur kering (mix fruits)
  • 3 biji telur gred A
  • 350gm tepung gandum
  • *1 sudu kecil cream of tartar
  • *2 sudu kecil soda bikarbonat
  • *1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg (tak letak pun tak apa, tapi lagi sedap kalau letak)
  • *1 sudu kecil esen vanila
  • *1 sudu kecil sunquick

CARA MEMASAK:

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Kemudian masukkan mentega. Kacau hingga cair.

Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!

2. Kemudian masukkan buah campur. Kacau sebati dan sampai buah campur meletup kecil, biarkan mendidih.

Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!

IKLAN

3. Padamkan api, masukkan sunquick tadi. Kacau sebati. Kemudian sejukkan seketika bancuhan tadi.

4. Ayak bahan-bahan yang bertanda (*). Masukkan ke dalam adunan buah campur tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!

5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

IKLAN

Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!

6. Alas loyang 7×7 dengan kertas baking. Sapukan mentega di sekeliling loyang dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.

Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!

7. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 4-5 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan.

IKLAN

Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!

8. Lagi lama kukus, lagi tahan lama kek buah moist. Potong kek bila betul-betul sejuk.

Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!

Info: Lagi lama tempoh penyimpanan kek, lagi sedap rasanya. Tempoh ketahanan kek hampir 1 bulan jika simpan dalam peti sejuk. Jika simpan dalam suhu bilik, kek ini mampu bertahan selama 2 minggu.
Untuk menikmatinya, keluarkan seketika kek buah dari peti sejuk kemudian potong macam biasa. Kek kekal moist dan sedap!

 

Kredit resipi & gambar: Syara Fina

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI