Bagi penggemar kek, resipi Kek Apam Karamel perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang mudah dan sedap yang boleh cuba buat sendiri di rumah. Tidak perlu ketuhar pun. Hanya perlukan periuk kukusan sahaja untuk menghasilkan kek yang sedap ini. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MEMBUAT KEK APAM KARAMEL KUKUS

Resipi Kek Apam Karamel Kukus. Lembut, Gebu & Memang Sedap

BAHAN KARAMEL:

8 sudu makan gula – goreng dalam loyang. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN  PUDING:
3 biji telur
1 tin susu cair (beli online disini)
5 sudu makan susu pekat manis (beli online disini)
2 keping roti – dibuang bahagian tepi
Esen vanilla (beli online disini)
5 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Satukan bahan-bahan pudding dan kisar hingga sebati.
2. Tuang adunan ke dalam loyang berisi gula karamel tadi.
3. Kukus selama 20 minit.

BAHAN-BAHAN KEK:
2 cawan tepung gandum (beli online disini)
1 sudu teh soda bikarbonat (beli online disini)
1 sudu teh baking powder (beli online disini)
5 sudu makan susu cair
5 sudu makan minyak masak 
Esen vanilla
Pewarna pilihan
5 biji telur
1 cawan gula
1 sudu makan ovalette (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1.Satukan telur, gula dan ovalette. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan susu cair, minyak masak dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sekata.
3. Tambahkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. Sebatikan.
4. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut cita rasa masing-masing.

Resipi Kek Apam Karamel Kukus. Lembut, Gebu & Memang Sedap
5. Tuang adunan kek ke atas puding karamel tadi. Corakkan ikut kreativiti. Kukus lagi selama 45 minit.

Resipi Kek Apam Karamel Kukus. Lembut, Gebu & Memang Sedap
6. Setelah kek masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.

IKLAN

Resipi Kek Apam Karamel Kukus. Lembut, Gebu & Memang Sedap

Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Cara Buat Chili Garlic Oil, Memang Sedap Dimakan Dengan Sup

Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak

Sedap. Ini Resipi Ayam Madu Mudah, Tak Guna Banyak Bahan.

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI