Terus rasa lapar tengok pari bakar. Resipi ikan pari bakar bersambal ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan makan tengahari tetapi juga boleh jer di buat untuk makan malam. Kak M kongsikan resepi ikan pari bakar bersambal yang sedap dan mudah untuk dibuat. Makan pulak dengan sambal kicap cili api dan nasi panas. Selamat mencuba!

RESIPI IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL

Resipi Ikan Pari Bakar Bersambal Dengan Sambal Kicap Cili Api. Pengsan Bangun Balik… Sedap!

BAHAN-BAHAN:

Resipi Ikan Pari Bakar Bersambal Dengan Sambal Kicap Cili Api. Pengsan Bangun Balik… Sedap!

  • 2 potong isi ikan pari sederhana besar dilumur garam
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 biji bawang putih dikisar
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 batang serai dikisar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • Sikit air asam jawa
  • Gula melaka
  • Garam bukit
  • 4 helai daun limau purut dihiris halus.
  • Daun pisang atau daun kunyit

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

Resipi Ikan Pari Bakar Bersambal Dengan Sambal Kicap Cili Api. Pengsan Bangun Balik… Sedap! Resipi Ikan Pari Bakar Bersambal Dengan Sambal Kicap Cili Api. Pengsan Bangun Balik… Sedap! Resipi Ikan Pari Bakar Bersambal Dengan Sambal Kicap Cili Api. Pengsan Bangun Balik… Sedap!
1. Bersihkan ikan pari dengan limau nipis dan garam. Perapkan sekejap untuk bagi hilang hanyir.
2. Blendkan cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan air asam jawa.
3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik minyak.
4. Gaul rata rata masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
5. Bila dah garing , angkat dan ketepikan.
6. Alas daun pisang atau daun kunyit atas aluminium foil . Letak ikan pastu letakkan sambal atas dan seluruh ikan . Last tabur daun limau purut yang di hiris halus.
7. Lepas tu bakar ikan sampai masak. Kak M masak masak ikan dalam magic pan aje. Senang dan cepat!
8. Masak lebih kurang dalam 30 minit dalam magic pan.
9. Dah siap…boleh hidang dah!

 

IKLAN

TIPS : Selalunya kalau beli ikan pari, kak M akan cium dulu, kalau baunya tak ok dan hancing, kak M tak beli, sebab nanti akan rosakkan rasa masakan.

 

IKLAN

Kongsi resipi: Marina Ismail

 

https://www.facebook.com/marina.ismailCQ/videos/10156525639758729/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI