1. Bedakkan ikan dengan garam dan kunyit. Saya letak sikit tepung jagung untuk tambah kerangupan. Nak guna ikan apa pun tak kisah. Panaskan minyak dan goreng ikan dulu. Ketepikan.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan sedikit air limau nipis. Kacau dan kacau sampai pecah minyak lagi. 5. Campak-campak je daun limau purut. Tambah sedikit air. Biar mendidih. 6. Masukkan gula. Ikutla tahap kemanisan yang suka. Perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
7. Tutup api, boleh campak manja tomato. 8. Tuang kuah pedas Thai atas ikan dengan penuh curahan kasih sayang. Tabur sedikit daun ketumbar sebagai penyeri hidangan.
Menu Ayam Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah. Satu hidangan cukup lengkap dengan sayur. Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali. Anak-anak pun suka lauk sebegini. Untuk lebih enak, sediakan kicap, sambal belacan dan telur dadar. Memang ‘perfect’. Nak tahu cara-cara masak Ayam Goreng Kunyit yang sedap macam yang makan dekat kedai tomyam? Saudara Wan Iskandar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK AYAM GORENG KUNYIT MACAM DEKAT KEDAI TOMYAM
1. Potong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
2. Gaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada isi ayam yang digunakan. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali besar dan minyak yang banyak.
4. Masukkan hirisan isi ayam yang telah diperap tadi. Goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
5. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.
6. Siap! Ayam Goreng Kunyit ala kedai Tomyam siap untuk dinikmati.
Aneka pastri pedas menerbitkan perasaan tidak sabar untuk menikmatinya. Bagi anda yang meminati hidangan pastri jenis pedas bolehlah menghasilkan sendiri di rumah, sambil meneliti resipi pilihan RASA dari media sosial yang viral kali ini.Pasti berpuas hati.Selamat mencuba!
1. CURRY CHICKEN PIE
BAHAN-BAHAN:
DOH:
230gm mentega
350gm tepung gandum
1 biji kuning telur | dipukul
Secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
Sedikit air sejuk
CARA MEMASAK:
Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.
Masukkan mentega. Pastikan mentega dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil (Jika mentega lembut, masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula)
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit air ais. Masukkan air ais tu sesudu duhulu jika adunan lembut dan mudah di bentuk tidak tambah air ais, jika masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap dibalut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara itu boleh buat lapik tutup pie. Canai adunan yang satu lagi dengan kaedah yang serupa.
Cara membuat penutup pie. Potong dengan roller cutter anggaran 1cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.
Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dengan kepingan doh. Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang dicanai nipis.Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dengan garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dengan kuning telur dan larikkan dengan garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
INTI PIE:
1 biji kentang | potong dadu dan di goreng
2 ketul bahagian dada ayam | di potong dadu
1 biji lobak merah | didadu, boleh juga menggunakan mix vegetable
Cendawan butang | jika suka
BAHAN TUMIS:
1 labu bawang besar | di dadu
2 ulas bawang putih | boleh tambah
2 sudu minyak masak
gula | secukup rasa
garam | secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar rempah kari | untuk buat curry chicken pie
1 kiub ayam | stock ayam
Serbuk lada sulah | secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung | larutkan tepung jagung dengan 2 sudu makan air
CARA MEMASAK:
Goreng kentang terlebih dahulu tetapi jangan sampai garing, angkat kentang dan toskan minyaknya.
Panaskan 2 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
Tambahkan stok ayam, garam dan gula secukup rasa. Kemudian baru dimasukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable. Perasakan semuanya.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie sehingga menjadi pekat. Sejukkan inti pie.
Panaskan pembakar terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dari acuan pie.
Nota: Pastri yang di quiche atau tart saveri amat sesuai di sediakan untuk minum petang ataupun majlis ringkas yang mana pastri ini senang di makan.ianya juga di gelar sebagai finger food.
Kongsi resipi: Azlita Masam Manis
2. QUICHE TUNA PEDAS TANPA KRIM
BAHAN-BAHAN:
1 keping besar doh siap pastri manis
BAHAN INTI:
2 tin kecil tuna pedas*
Daun bawang* | cincang @ bawang cincang
Bahan bertanda perlu disatukan dan ketepikan
2 biji telur ayam
CARA MEMASAK:
Sediakan doh pastri dan masukkan ke aduan tart besar
Bakar 10 minit dan cucuk permukaan doh tadi.
Angkat dan sejukkan..
4. Apabila kulit tat sejuk. masukkan inti tuna yang di sediakan.
6. Rata-ratakan, pecahkan telur ayam di dalam bekas lain, kacau sampai sebati dan tuangkan adunan telur dan masukkan sedikit garam.
7. Lakukan sampai habis dan bakar pada suhu 170c sehingga kuning keemasan.
Potong buah epal dadu halus dan letakkan ke dalam bekas yang berisi air dan di campurkan jus lemon kemudian ketepikan.
Panaskan pan kuali kecil, letakkan mentega dan masukkan gula merah, serbuk kayu manis serta buah epal tadi. Masak dalam 2 minit dan masukkan bancuhan 1 sudu teh tepung jagung serta air.
Gaulkan rata, setelah likat angkat dan sejukkan.
Ambil kulit puff potong empat segi kecil dan letak inti epal. Sapukan sedikit air di tepi dan bentukkan menjadi 3 segi.
Aturkan di dulang pembakar dan dalam 2 inci jaraknya dan sapukan susu atau telur merah di atasnya.
Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sampai masak garing..
INFO: Anda juga boleh menyediakn sugar glaze jika suka untuk di sapukan pada bahagian atas permukaan apple turn over yang sudah sejuk.
BAHAN SUGAR GLAZE:
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula aicing
1 sudu teh susu
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan ke dalam mangkuk kecil, kacau sampai sekata.
Sapukan ke atas puff tunggu sampai kering dan sedia dihidangkan.
Bagi peminat hidangan daging, boleh lah cuba resepi daging cili hijau ini untuk dihidangkan lagi-lagi untuk majlis rumah terbuka. Haa mesti meriah dan ramai memuji menu masakan ini nanti! Selamat mencuba!
Rendang Daging Cili Hijau
Bahan-Bahan
1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
Sedikit air jika perlu
Bahan (Dikisar)
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara Penyediaan
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai yang di ketuk. 2) Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana sahaja ketika ini. 3) Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa. 4) Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. 5) Masukkan daun kunyit. 6) Bila cukup kering, bolehlah diangkat. 7) Sedia untuk dihidangkan.