Min tertarik dengan resipi yang dikongsi oleh Puan Afy AL Habibi. Menurut beliau resipi Ikan Percik ini adalah antara resipi kesayangan beliau dimana ia adalah resipi yang dipelajari terus dari ibunya bermula dari proses pemerapan ikan, penghasilan kuah hinggalah siap proses memasak.

 

Resepi ikan percik ni paling saya sayang selain resepi daging kerutup dan gulai ikan ayo yang saya dah kongsi sebelum ni. Sebab saya menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya. Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Jadi kat bawah ni saya kongsi resepi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi! Bulan puasa ni bolehla merecikkk sekali. Hikhik. Nak resepi bergambar yang lain, boleh jadi kawan fb saya. Banyak lagi yang saya suka kongsi. Sampai tak tahu nak upload mana satu. Semoga bermanfaat.

 

Ha..nampak best kan? Jom cuba!

 

IKAN PERCIK

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

BAHAN PERAPAN IKAN:

  • 5 ekor ikan kembung – basuh bersih & kelar ikan
  • 2 batang serai – hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • 1 1/2 inci kunyit hidup – hiris nipis
  • 3/4 sudu makan garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa Hilal

BAHAN KUAH PERCIK ( KISAR LUMAT):

  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • Secubit belacan
  • 1/2 sudu makan serbuk ketumbar – disangai dan dikisar halus

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 6 senduk santan segera – boleh beli di pasar. Santan pekat yang diperah dari buah kelapa asli.
  • 1 senduk air
  • 1 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1 keping hiirsan limau nipis
  • 2 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu makan garam
  • Secubit perencah Hilal

 

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Untuk memerap ikan, satukan semua bahan yang dihiris nipis ke dalam pengisar. Tambahkan garam dan juga perasa. Kisar hingga lumat.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

2. Lumur bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

3. Seterusnya kisar bahan-bahan untuk kuah percik hingga lumat.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

4. Masukkan bahan kuah siap kisar ke dalam periuk. Tambahkan santan dan air.

IKLAN

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

5. Seterusnya masukkan cili kisar. Sebaiknya guna cili kering yang dikisar sendiri. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

6. Letak periuk di atas dapur. Buka api perlahan dan perahkan sehiris limau nipis.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

7. Masukkan gula, garam dan perencah.Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing. Kacau kuah dengan api sederhana besar.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

IKLAN

8. Setelah kuah mendidih, padamkan api. Kuah percik telah siap dimasak.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

9. Seterusnya, bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga terlalu kering & garing.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

10. Angkat seketika pemanggang ikan tadi, lapik pinggan di bawah dan siram kuah percik ke atas ikan. Pastikan kuah menutupi keseluruhan badan ikan bahagian atas dan bawah.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

11. Letak kembali pemanggang ikan yang disiram kuah tadi di atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan supayabahagian atas dan bawah Kuah percik yang disalut tadi yang dibakar semula akan menjadikan rasa ikan percik lebih sedap.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

12. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI