Resipi ini nampak serupa dengan masak sambal tapi rasanya tak sama tau.

Malah wanita yang berkongsi resipi ini iaitu Ummi Syuhada menggunakan hati, pedal dan kaki ayam untuk goreng cili.

Dijamin sedap, lembut, tak bau hanyir/darah. Namanya goreng cili, 3 bahan je, jangan campur yang lain. Pasti ada kelainannya.

 

RESIPI GORENG CILI HATI, PEDAL & KAKI AYAM

Resipi Goreng Cili Untuk Lauk, Hanya Guna 3 Bahan Je

BAHAN-BAHAN:

Cili kering – beli online di sini
Halia – beli online di sini
Bawang merah – beli online di sini
Hati, pedal & kaki ayam
Garam & gula secukupnya

TONTON DAPUR RASA- PROJEK AIR TANGAN EMAS BERSAMA MAGGI

IKLAN

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

CARA MASAK:

1. Syarat utama, halia kena lebih. Kena tambah lagi 1/2 bahagian halia tu. Cili kering tak perlu buang biji sangat macam sambal. Buang sikit-sikit je, kisar kasar je biar berkeping sikit halia, bawang dan cili. Memang ada kelainan rasanya.

Resipi Goreng Cili Untuk Lauk, Hanya Guna 3 Bahan Je
2. Basuh bersih hati, pedal, kaki. Rebus lama sikit dengan garam dan kunyit sampai kaki tu lembut. Buang air rebusan dan toskan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

Resipi Goreng Cili Untuk Lauk, Hanya Guna 3 Bahan Je
3. Goreng-goreng manja kejap dengan api besar sebelum tumis bahan. Sekadar nak ambil bau gorengan dan menambah kesedapan. Tak nak goreng pun boleh.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Resipi Goreng Cili Untuk Lauk, Hanya Guna 3 Bahan Je
4. Angkat gorengan, tumis bahan kisar. Kejap je dah pecah minyak, sebab guna minyak yang sama. Kalau guna api besar, kacau-kacau selalu, cepat siap. Kalau api kecil, tutup kuali supaya tak merecik. Bahan tumis sepatutnya lebih kasar.

Resipi Goreng Cili Untuk Lauk, Hanya Guna 3 Bahan Je
5. Nampak macam sambal tapi rasanya lain. Tambah garam dan perasa je, pasti ada kelainannya.
6. Dah siap! Hati, pedal, kaki. Kalau ada tengkuk, rusuk atau bahagian tulang-tulang ayam pun sedap

*Pedal tu, seeloknya kikis bersih lemak-lemak yang melekat, tarik kulit dalam, bahagian 2 bonggol tu hiris sikit.

IKLAN

Resipi Goreng Cili Untuk Lauk, Hanya Guna 3 Bahan Je

*Bahagian tapak kaki kalau ada kerak, hiris buang. Bila goreng tak meletup sangat, selain nampak bersih.

Kredit resipi: Ummi Syuhada

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Mudahnya Nak Masak Pad Kra Pao, Sesuai Untuk Peminat Lauk Pedas

Nampak Ringkas, Tapi Rasa Macam Kuey Teow Pasar Malam!

Ada Roti Lebih Di Rumah? Boleh Buat Kudapan Roti Goreng Pedas

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI