Negeri Cik Siti Wan Kembang atau Kelantan Darul Naim cukup terkenal dengan makanan dan kuih muih yang sedap-sedap. Lauk-pauknya juga tidak kurang hebat dan menarik sehingga berkembang di serata negeri lain. Kalau bercuti di Kelantan kenalah cuba makanan disana tapi kalau tak berkesempatan apa kata buat sahaja resipi femes di rumah.

RESIPI LAKSAM

 Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan-Bahan:

(12 gulung)

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Campur semua bahan2 diatas sehingga sebati…ketepikan sebentar

 

Cara-Cara:

  1. panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
  2. masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk …jgn tebal jgn nipis…agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan …kukus dlm 5 minit..
  3. angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.
  4. guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang…terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
  5. kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..


Kuah Laksam 6 orang makan:

  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih..
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur

Cara-Cara:

  1. ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
  2. bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
  3. masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
  4. kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
  5. masak hingga mendidih..dgn api sederhana
    Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus:

Ulaman:

  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis

Sambal laksam:

  • Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit

RESIPI NASI KERABU TERLAJAK SEDAP

  Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh! 

Kuah Sambal Tumis

Bahan-bahan:

  • 10 cili kering
  • 3 ulas bwg merah
  • 1 biji bwg besar
  • 1/2 labu bwg putih
  • 1/2 inci halia
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 1/2 sb gula
  • 2 sk garam bukit halus
  • 2 sb budu
  • Minyak masak – agak banyak

Cara-cara:

  1. Kisar cili, bawang bawang dan halia.
    Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  2. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.

Sambal Ikan

Bahan-bahan:

  • 1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan sardin – rebus, ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 batang serai
  • 2 1/2 sb gula
  • 2 1/2 sk garam

Cara-cara:

IKLAN
  1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
  3. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

Sambal Cili:

  • 1/2 kg cili – basuh
  • Garam
  • Gula
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Limau nipis/cuka
    *Kisar kesemuanya.

Ulam ulaman:

  • Kubis
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
    *Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi:

  • 5 1/2 pot beras
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
  • 2 helai daun pandan
  • Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Bahan lain:

  • Keropok goreng
  • Telur masin
  • Bawang putih jeruk

RESIPI AYAM PERCIK KELANTAN

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perapan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa

Bahan untuk kuah:

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Memasak:

  1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
  2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
  4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat.
  6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
  7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi. Siap!

RESIPI SOLOK LADA

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

 

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembong (rebus)
  • 7 biji cili hijau (cili solok)
  • 1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
  • 3 camca besar kerisik
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 camca besar gula
  • 1/2 cawan santan pekat.

Cara-cara:

  1. Ikan dibuang tulang dan diambil isinya sahaja (tumbuk halus)
  2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk halus
  3. Kelapa parut ditumbuk tapi jangan terlalu halus
  4. Gaulkan kesemua bahan-bahan yang ditumbuk tadi , masukkan gula, garam dan kerisik, gaul rata
  5. Cili dicuci dan dibelah sedikit untuk keluarkan bijinya
  6. Sumbatkan bahan bahan no:4 kedalam cili dan masak dengan 1/2 cawan santan pekat tadi sehingga santan tinggal sedikit tetapi jangan terlalu kering.
  7. Siap untuk dihidangkan, sesuai dimakan bersama nasi kerabu

Kongsi resipi: Rasni Zakaria

IKLAN

RESIPI AKOK KEDUT

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan telur @ 5biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air gula melaka yg telah di masak
  • Ikut tahap kemaninsan masing2
  • 1/2 cawan tepung gandun
  • Secubit garam

*Resipi nie utk 20 biji lebih

Cara-Cara:

  1. Bancuh bahan sampai sebati nk guna blander pon boleh jgk…siap bancuh tapis dlu yeePanaskan oven dgn suhu 200°c selama 15 minit…
  2. Dan sapu sedikit minyak pd acaun muffin dan masukan kedalam oven panaskan sekejap…
  3. Dah siap panaskan bolehlah tuan bancuhan tadi ke dalam acuan muffin yg telah dipanaskan
  4. Bakar dgn suhu 180°c guna api atas bawah
  5. Bakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak

Selamat mencuba!

Kongsi resipi: Orkid Melati


RESIPI KETUPAT SOTONG

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan A:

  • 10 ekor sotong saiz sederhana – buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala
    lidi untuk menyucuk

Bahan B:

  • 1/2 cawan pulut – cuci bersih dan toskan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 sudu teh garam
  • Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam

Bahan C:

  • 100 gram gula Melaka diracik
  • 2 cawan santan – tidak terlalu pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 hiris halia – dimayang halus
  • 1 helai daun pandan

Cara:
1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil) pulut ke dalam perut sotong.
2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.
3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
4. Siap dihidang.

Kongsi resipi: CITARASAWAN


RESIPI NASI TUMPANG

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan-Bahan:

  • ½ kg beras
  • 1000ml air
  • 6 helai daun pisang

Bahan Gulai Ikan:

  • 200gm ikan kembung
  • 2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
  • 2.5cm lengkuas – dikisar halus
  • 6 ulas bawang merah – dikisar halus
  • 4 biji cili kering – dikisar halus
  • 500ml santan pekat
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar:

IKLAN
  • 5 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 50gm daun bawang – dimayang
  • 1 biji cili merah – dimayang
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
  2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
  4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
  6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.
  7. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.

RESIPI PERUT DENGAN AIR ASAM

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan bahan:

  • Perut muda/perut babat pun boleh – rebus dan potong
  • 8 biji cili padi kampung
  • Sebesar ibu jari belacan
  • Garam secukup rasa
  • Limau nipis – perah air
  • Air rebusan perut

Cara-cara:

  1. Tumbukkan semua bahan kecuali air limau nipis sehingga hancur. Jangan terlalu hancur. Masukkan air rebusan secukupnya. Setelah itu, baru diperahkan air limau secukup rasa.
  2. Akhir sekali, masukkan perut yang telah dipotong kecil ke dalam air asam. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Kongsi resipi: Azie Kitchen


RESIPI MEE CELUP

    Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan-Bahan:

  • mee kuning (basuh bersih2 sejat air)
  • bihun (dicelur dgn air panas sampai lembut sejat air )
  • kuew tiaw (basuh,sejatkn)
  • mee maggi
  • Nasi air
  • *pilihan mee bergantung citarasa masing2 ye..

Kuah:

  • 3liter air
  • ayam ambik bahagian tulang2 untuk rebusan.
    (Kaki, leher..byk2 takpe)
  • isi ayam bahagian dada (rebus dh masak angkat,carik2an)
  • halia 2inci  (agak2 je dan ketuk2 skit)
  • karot 1batang
  • ubi kentang 2bji
  • bawang putih 2ulas (ketuk je)
  • akar daun sup& daun bawang (potong dlm 2inci dr akar bersama batang)
  • satu sudu besar minyak bawang putih+bwg skali
  • serai 1btg
  • 2sudu rempah sup (serbuk)sy guna adabiResipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!😃
  • kicap manis+kicap pekat (jadi kn 1senduk,agak2Korangla nk kuah hitam @ sedang2 je)
  • secukup rasa maggi (1sb)
  • pati bilis maggi (1st)
  • serbuk kiub ayam maggi (1sb)
  • garam (agak2 je
  • gula (agak2 )

CARA-CARA:

  1. Satu kan semua bahan2 dlm periuk
  2. Rebus ye jgn menumis lak..
  3. biar betul2 menggelegak angkat isi ayam dahulu
    (Dh sejuk carik2an)
  4. Kuah biarkn menggelegak lama
  5. Rasakn dgn betul2 secukup2nya
    -manis+masin(bila mkn baru ummphh!!!)

AKSESORI:

  • Bawang goreng (buat sendiri lg sedap)
  • Air lada (blend cabai,bwg putih 1ulas,cuka,garam,gula)
  • Lada jeruk  (cuka,lada besar hijau siam,garam,gula)
  • Lobak asin jeruk (beli siap je)
  • Kacang tanah tumbuk  (beli siap je)
  • Lada sulah
  • Cili flakes
  • Bwg putih jeruk (bwg putih jeruk+amik airnya sedikit +air suam.. blend pekat jgn cair )*Secret resipi
  • Ikan bilis goreng rangup
  • isi ayam yg dh di carik2
  • Minyak bwg putih

*Cara membuat minyak bawang Putih :

2 labu bwg putih basuh bersih2 bersama kulit ye,jgn kopek kulitnya.tumbuk separuh lumat,panaskn minyak 2mangkuk,tumis jgn sampai garing tau..just bau wangi dn bwg dh kekuningan matikn api..nanti bwg akn jg lagi garing,kalau tggu garing baru matikan api nanti sejuk bawang akan sedikit garing dan rasa nya akan pahit tak sedap)minyak bwg putih ni nanti blh simpan lama.. blh buat masak lain2 menu. Sedap

  • Sayur
  • Daun sup&daun bawang
  • Taugeh
  • Sawi (potong halus )
  • Kangkung (potong halus)

Cara2 nk menghidang @makan (bg yg xpernah mkn)

  1. Letak mee dlm mangkuk kuantiti ikut suka
  2. Masukkan bahan2 aksesori – sukatan biasanya 1st@1sb setiap bahan (tapi agak2 la ye kot ada yg nk kurangkn itu lebihkn ini..suka2 hati anda ye)
  3. Masukkan sayur kegemaran anda

bubuhla kuah nyaa..(pastikn kuah panas menggelegak baru best )
Siap…..selamat menjamu selera..makan puas2!!Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Kongsi resipi: Suraya Che Hashim


RESIPI NEKBAT

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan-bahan:

  • untuk kuih:
  • 500g tepung beras (1 bungkus)
  • 12 biji telur ayam

  • untuk sira-
  • Air secukunya
  • 500 gm gula
  • 5 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
  2. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih.
  3. Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  4. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan.
  5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat.
    *10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.

RESIPI SIRA LABU

Resipi Femes Kelantan Tak Sah Kalau Tak Makan. Sedak Boh!

Bahan-bahan:

  • 1/4 biji labu – buang kulit
  • Segenggam gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan – potong
  • Sedikit air kapur

Cara-cara:

  1. Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu di atasnya.
  2. Taburkan gula agak agak kemanisan yang disukai. Saya guna dalam segenggam gula. Kalau labu banyak lapis, taburkan gula pada setiap lapis.
  3. Jerang atas dapur dengan api yang perlahan. Labu akan mengeluarkan air sendiri tapi jika nampak terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air sebelum dimasak atas dapur.
  4. Bila labu dah empuk dan air gula telah berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI