Kalau korang biasa makan dangai bakar, boleh cuba buat dangai kukus ni. Mak oii. Memang sedap rupanya.
Dangai kukus
Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut putih saja.Kalau dapat yang agak muda lagi sedap.
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
Secubit garam
Cara memasak:
1.Gaul sebati.
2.Masuk dalam acuan lompang. Buat lubang sikit. Boleh letak coklat ataupun gula melaka.Kukus 10 minit.
Kredit: Sueosman Solo
Resipi Popia Sira Sambal Mudah & Sedap Macam Dekat Pasar Malam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuah Rojak Homemade Paling Senang. Rasa Sedap & Tahan Lama.
Sedapnya kuah rojak perkongsian saudari Mim Yusof ni. Pekat, likat, sebijik sama macam kuah rojak yang dijual di pasaran. Bagi anda yang memang ‘hantu’ rojak, cubalah resipi ni. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Nak makan, ceduk je.
CARA MASAK KUAH ROJAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping gula gerek (manisan) – beli online DISINI
- 2 cawan gula putih – beli online DISINI
- 1/2 cawan kicap – beli online DISINI
- 2 sudu tepung ubi – bancuh dengan air
- Sedikit belacan – beli online DISINI
- Sedikit garam
- 10 tangkai cili kering – rebus dan kisar
- Sedikit sos cili – beli online DISINI
- 2 sudu makan bijan – beli online DISINI
- 1 cawan kacang tanah – goreng tanpa minyak dan kisar kasar
- 1 gelas air
Dapatkan Air Fryer murah sempena jualan hebat 11.11 DISINI
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula gerek bersama segelas air ke dalam periuk. Masak guna api sederhana.
2. Bila dah cair, masukkan kicap, cili kering yang telah dikisar, cili sos, belacan, garam dan gula.
3. Masak lagi sampai mendidih.
4. Bila campuran sudah masak, masukkan bancuhan tepung ubi.
5. Kacau sampai menjadi pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan ia hangus.
6. Bila sudah pekat, masukkan bijan dan kacang tanah.
7. Masak kuah rojak seketika, kemudian tutup api.
8. Tuang ke dalam bekas tahan panas dan sejukkan.
9. Kuah rojak homemade yang sedap sedia untuk dinikmati. Enak dicicah mangga muda atau apa sahaja buah kegemaran.
INFO RASA: Untuk pastikan kuah rojak tahan lama, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: Mim Yusof
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Roti Kering Homemade Untuk Cicah Kopi. Sedap Tak Terkata.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
3 Menu Ini Sangat Sesuai Kalau Korang Nak Buat Kenduri.
Hari ni korang nak jamu tetamu makan tengahari atau malam, tapi tak tau menu apa nak masak . Ini RASA kongsikan tiga menu lauk ala kampung yang sedap dan gerenti dapat pujian tetamu punya. Sesekali menjamu tetamu di hujung minggu, apa salahnya. Murah rezeki kalau selalu jamu tetamu…
GULAI TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulanglembu | direbus hingga empuk
- 2 pucuk rebung | direbus lima minit
- 1 tangkai daun kari
- 150gm rempah kari
- 3cm halia | dikisar
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 1kg santan pekat
- 2 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
- Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
- Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
- Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
- Masukkan santan dan hirisan rebung.
- Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili hijau
- 5 biji cili padi |jika ingin pedas
- 2 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
- Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
- 3 biji bawang besar |dihiris
- 4 ulas bawang putih |dihiris
- 4 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
- Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
- Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
- Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
- Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
- Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
- Sedia dihidangkan.
Senang Je Masak Siakap Kerabu Mangga, Korang Boleh Cuba.
Siapa kata buat Siakap Kerabu Mangga ni susah, dan kenapa nak buang duit hingga RM30-RM40 hanya untuk seekor ikan siakap masak menu ni di kedai, kadang-kadang harga lebih dari itu. Ada lebih baik anda buat sendiri dengan modal tak sampai RM15 anda boleh siapkan menu ini di rumah dengan berpandukan resipi yang dikongsikan di bawah. Dah tentu rasa sedap, jimat dan anda lebih selamat cari covid kerana duduk di rumah.
IKAN SIAKAP KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
IKAN GORENG:
1 ekor ikan siakap |siang bentuk butterfly dan bersihkan.
1 biji telur
1 cawan tepung jagung
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN KERABU MANGGA:
2 biji mangga epal muda
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1 helai daun limau purut | mayang halus
1 kuntum bunga kantan| mayang halus
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Sos Cili Thai secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu gaulkan ikan dengan garam dan lada sulah.
- Celupkan dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan tepung jagung.
- Goreng dalam minyak banyak (deep fry) hingga garing.
- Untuk menyediakan kerabu mangga, campurkan hirisan mangga dengan bahan yang dimayang halus dalam mangkuk.
- Campurkan gula, cuka dan garam , kemudian tuang dalam mangkuk campuran bahan hirisan.
- Gaul rata. Kemudian masukkan dalam pinggan dan letakkan ikan di atas dan taburkan kerabu di atas ikan.
- Sebagai penambah perasa, tuangkan sos cili Thai di atasnya.
- Ikan Siakap Kerabu Mangga sedia dihidangkan.