Menu yang ringkas dan mudah. Kombinasi daging, cendawan serta gabungan rempah dan sos menjadikan hidangan ini antara yang wajib anda cuba.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  • 250gm daging | hiris, cuci dan tos
  • 150gm cendawan shitake
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 biji cili hijau |hiris
  • 1sudu makan paprika
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 biji bawang besar |hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.
  3. Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.
  6. Gaul seketika dan tutup api.
  7. Daging Paprika Cendawan sedia dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI