Sedapnya Daging Masak Kandar Penang ni. Resipi yang sangat simple, mudah dan lazat. Sangat sedap dimakan dengan nasi putih, nasi tomato, nasi beriani dan sebagainya. Menurut saudari Suzana Raman, resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk anak-anak dara yang baru nak belajar masak atau pun pengantin baru yang masih terkial-kial nak masak untuk suami. Cubalah. Pasti puas hati.

CARA MASAK DAGING MASAK KANDAR PENANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang | hiris agak nipis lebih kurang 2 inci
  • 35-40 tangkai cili kering | kisar halus
  • 4 biji bawang besar | mayang halus. ( nak guna 5 biji pun boleh janji bawang sama banyak dengan daging
  • 4 biji tomato | buang biji & potong kiub
  • 1/2 botol kicap manis jalen | ni kena ubah suai sendiri ikut cita rasa masing-masing
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan air asam jawa | kena pandai agak supaya tidak terlalu masam
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa dan perasa jika suka

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging dan cili kering kisar ke dalam bekas. Gaul rata.

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.
2. Tambahkan juga kicap manis dan 1-2 pelepah daun kari. Perap selama 1 jam.

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.

IKLAN

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis hirisan bawang besar hingga keperangan dan wangi.

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.
4. Masukkan tomato yang telah dipotong kiub dan lebihan daun kari. Masak hingga tomato layu.

 

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.
5. Masukkan daging yang diperap tadi. Tambah sedikit air dan biarkan daging hingga empuk.

IKLAN

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.
6. Teruskan mereneh daging hingga pecah minyak dan hilang bau cili.

7. Tambahkan air asam jawa. renehkan lagi hingga pekat. Guna api perlahan seperti proses memasak rendang.

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.
8. Bila daging nampak mesra, perasakan dengan garam secukupnya ( jika perlu).

IKLAN

9. Matikan api dan tambahkan cili padi yang dibelah dua atau cili hijau yang dipatah-patahkan.

10. Sedia untuk dinikmati. Boleh tabur daun ketumbar dan sedikit bawang goreng sebagai hiasan

Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.

 

Kredit resipi & foto: Suzana Raman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI