Tercari-cari resipi Daging Kicap yang mudah dimasak dan enak? Resipi perkongsian saudari Nurrul Ismah Ghazali ini antara yang sangat berbaloi untuk dicuba. Sangat mudah dan bahannya juga tidak banyak. Hanya bahan asas sahaja. Sangat sesuai bagi anda yang baru sahaja nak belajar masak menu ini. Orang bujang, anak dara sunti, abang-abang yang belum pernah masak, sekali tengok resipi pasti yakin nak masak untuk keluarga.  Tentunya sangat-sangat berbaloi untuk dicuba. Anak-anak juga pasti suka kerana kepedasannya boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing.

 

CARA MASAK DAGING KICAP PALING MUDAH & SEDAP

Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

BAHAN-BAHAN:

1kg daging daging – potong nipis
1 sudu makan cukabeli online disini
10 sudu makan kicap manis beli online disini
10 sudu makan kicap masin beli online disini
Minyak masak secukupnya
Bawang besar – hiris
Cili padi

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan daging dan potong nipis. Pastikan lawan urat supaya tidak liat.
2. Masukkan daging ke dalam kuali. Tambahkan cuka. Biarkan air daging keluah dan mereneh namun jangan tambah air.

Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
3. Bila air daging sudah sedikit kering, masukkan kicap manis dan kicap masin. Gaul dan ratakan. Jika kurang rasa, boleh tambah lagi ikut selera.

Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
4. Bila air sudah agak kering dan kicap sudah meresap ke dalam daging, masukkan minyak masak.

IKLAN

Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
5. Masukkan juga hirisan bawang dan juga cili padi.

Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
6. Gaul rata dan masak hingga bawang layu dan sebati bersama daging.
7. Daging Kicap simpla tapi sedap siap untuk dihidang dan dinikmati.

Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

Kredit resipi & foto: Nurrul Ismah Ghazali

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kari Daging Sedap & Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak

Cara Buat Peanut Butter Homemade Lebih Sihat & Tanpa Gula

IKLAN

Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang

Resipi Kek Pandan Cheese Melimpah Ruah. Macam Ni Baru Padu!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI