Bagi penggemar hidangan daging goreng, masakan perkongsian saudari Nadia Mohamad ini memang mudah dan senang disediakan.  Kombinasi daging bersama kentang memberikan rasa yang sangat enak. Memang sedap walaupun hanya dinikmati bersama nasi putih. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

DAGING GORENG KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji ubi kentang | dipotong kecil
  • Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
  • 1 biji bawang holland | dikisar
  • 5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:

IKLAN

 1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.

Resipi Daging Goreng Kentang. Lauk Mudah Masak & Sedap

 2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)

IKLAN

Resipi Daging Goreng Kentang. Lauk Mudah Masak & Sedap

 3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.

Resipi Daging Goreng Kentang. Lauk Mudah Masak & Sedap

IKLAN

4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.

Resipi Daging Goreng Kentang. Lauk Mudah Masak & Sedap

 5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI