Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedapnya tuhan sahaja yang tahu. Sedap, cukup rasa dan pedas! Sesuai sangat buat makan selepas sembahyang terawih nanti.

 

CUCUR BILIS, KUCAI & CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm ikan bilis
  • 8 tangkai cili kering
  • 1/2 cawan cincangan daun kucai
  • Garam secukupnya
  • Air panas secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.

IKLAN

Resipi Cucur Bilis, Kucai & Cili Kering. Menu Moreh Paling Ringkas Tapi Sedap.

2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.

Resipi Cucur Bilis, Kucai & Cili Kering. Menu Moreh Paling Ringkas Tapi Sedap.

3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.

IKLAN

Resipi Cucur Bilis, Kucai & Cili Kering. Menu Moreh Paling Ringkas Tapi Sedap.

4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.

Resipi Cucur Bilis, Kucai & Cili Kering. Menu Moreh Paling Ringkas Tapi Sedap.

5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.

IKLAN

Resipi Cucur Bilis, Kucai & Cili Kering. Menu Moreh Paling Ringkas Tapi Sedap.

6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!

 

Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.

 

Kredit resipi & gambar: Chef Sue M Arukin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI