Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aising (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (letak dalam 3 cawan, ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara membuat:
1.Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
2.Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
3.Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
4.Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah . Boleh saja.
5.Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
6.Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis-manis, boleh kurangkan sukatan gula aising jadi 3/4 cawan ye.
Sumber : Syuhada Che Din
Mudahnya Nak Buat Cheese Cake, Hanya Guna 3 Bahan Ini. Sesuai Untuk ‘Beginner’
Orange Muffin Tak Muak Makan. Adunan Ini Boleh Dapat 14 Biji
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resipi Ni. Begini Cara Masaknya
Sedapnya kalau dapat menikmati semangkuk Laksam yang lembut. Ada pula kuah yang lemak serta penuh rasa ikan. Memang sempurna! Namun ramai yang gerun nak cuba masak sendiri kerana mi Laksamnya tu kadang-kadang tak menjadi. Jangan risau kerana saudari Rosni Musa kongsikan bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan Laksam yang enak. Resipi ini beliau telah gunakan untuk berniaga. Beribu-ribu pek telah dihasilkan. Pasti ‘special’ kan? Jom cuba! Bolehlah masak untuk yang tersayang.
RESIPI LAKSAM YANG SEDAP, MUDAH & DIJAMIN MENJADI
BAHAN-BAHAN LAKSAM:
- 3 cawan tepung beras (beli online disini)
- 1 cawan tepung gandum (beli online disini)
- 6 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua tepung di dalam satu bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan air terlebih dahulu. Kacau-kacau supaya tidak berketul. Pastikan guna cawan yang sama untuk sukat tepung dan air.
2. Kemudian tambahkan lagi 3 cawan air. Adun sekata.
3. Adunan jadi seperti di dalam gambar. Tidak berketul-ketul. Jika aduna berketul, bolehlah ditapis terlebih dahulu.
4. Panaskan pengukus. Sementara nak menunggu air mendidih, sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. Boleh juga menggunakan tudung periuk, pizza pan atau loyang biasa.
5. Bila air di dalam pengukus sudah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus dan tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi. Pastikan adunan tepung dikacau terlebih dahulu supaya sekata.
6. Tutup pengukus dan masak Laksam selama 3-4 minit.
7. Tip untuk tahu laksam sudah masak atau tidak, bila penutup pengukus diangkat, laksam jadi menggelembung seperti dalam gambar. Itu tandanya sudah masak. Waktu ni kena berhati-hati dengan wap panas.
8. Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula langkah mengukus sehingga habis adunan tepung.
9. Bila Laksam suam-suam kuku, boleh mula menggulung. Gulung dengan cermat supaya gulungan laksam nampak sempurna.
10. Laksam siap dan boleh diketepikan bagi menyediakan kuahnya pula.
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSAM:
- 1kg Ikan sardin – direbus & diperisikan
- 500gm bawang besar (beli online disini)
- 3-4 ulas bawang putih (beli online disini)
- 1 inci halia – dihiris
- 1 sudu teh halba (beli online disini)
- 2 sudu teh lada hitam (beli online disini)
- Sedikit belacan (beli online disini)
- 500ml santan segar
- 100ml santan kotak (beli online disini)
- 1 keping asam gelugur (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam dan asam keping. Renihkan selama 15 minit.
2. Ikan yang telah diperisikan dikisar hingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi kisaran bawang tadi. Renihkan lagi hingga mendidih.
3. Kepala dan tulang-tulang ikan dikisar dan tapis airnya. Masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.
4. Kemudian masukkan santan segar. Kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula mengikut cita rasa masing-masing.
6. Akhir sekali, tuang santan kotak.
7. Didihkan sehingga kuah laksam betul-betul menggelegak. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
BAHAN SAMBAL LAKSAM:
- 10-13 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu makan cuka
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili padi bersama bawang putih hingga halus.
2. Kemudian tuang ke dalam periuk. Didihkan cili dan masukkan cuka.
3. Masak cili hingga agak-agak pekat. Angkat.
4. Untuk menikmati laksam, potong laksam ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan ulam seperti kubis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan atau apa-apa sayur kegemaran yang telah dihiris halus.
5. Tuang kuah dan letak sambal ikut cita rasa. Boleh juga masukkan belacan bakar.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Telur Masak Tomato. Sajian Cina Tanpa Bawang Yang Ringkas, Sedap & Cepat Masak
Susu Rosak & Tak Boleh Minum? Ini Cara Untuk Jadikannya Keju Cottage Homemade!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Teknik Buat Rempeyek Sedap Rangup….Ada Rahsianya.
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap.
Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Ini Bahan-Bahan Campurannya:
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
1. Cara Bancuh Adunan:
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
.
2. Jenis Isian:
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
3. Campuran Tepung Digunakan:
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubi atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
4. Jumlah Isian:
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
5. Cara Memasukkan Isian:
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
6. Cara Tuang Adunan:
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
7. Cara Menggoreng:
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng.
Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Kuih Cakoi Lembut Gebu, Inilah Rahsianya, Sedapnya Disaji Pada Tetamu.
Kue Teow Sup Terengganu Tambah Sedap Dengan Campuran Daging, Tulang Dan Perut
Hari ini kita nak buat kue teow sup Terengganu. Alang-alang dah membeli daging, bolehlah beli sekali tulang dan juga perut untuk kelengkapan sup yang akan dimakan bersama kue teow ni nanti. Boleh letak lobak masin kalau suka.
KUE TEOW SUP TERENGGANU
Bahan-bahan:
300g daging pejal campur daging cincang(rebus dalam ketulan besar,kemudian hiris nipis.)
200g perut lembu (kena bersih)
2-3 ketul tulang (rebus bersama daging, kita nak ambil rasa manis tulang tu tinggal dalam kuah sup)
* daging dan tulang direbus sekali.Daging empuk keluarkan.Potong nipis,ketepikan. Perut pun potong nipis, ketepikan.
Semasa rebus daging masukkan halia sebesar ibu jari,3 keping asam keping, 3 ulas bawang putih -diketuk dan dua batang serai diketuk. Masuk sedikit garam.
Bahan tumisan:
½ biji bawang Holland
3 biji bawang putih
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
Bahan kisar halus:
1/2 biji bawang Holland
8 biji bawang putih
1 pokok akar daun ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
7 biji cili thai (suka pedas letak lebih)
Bahan lain:
1 Sup bunjut
1 kiub pati lembu(kalau tak ada pati ayam boleh)
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah)
1 sudu besar kicap masin
Taugeh( wajib ada)
Daun sup dan bawang
Garam dan gula secukup rasa
Perasa
Rempah 4 sekawan
1 sudu besar sos ikan
1 paket Kue teow
Limau nipis ( yang suka masam )
Cara memasak:
1.Masukkan minyak, kemudian tumis bahan tumisan.
2.Bawang dah wangi masukkan 4 sekawan,tumis sampai naik bau.
3.Masukkan bahan kisar halus,tumis lagi.
4.Masukkan sedikit air, kacau.
5.Masukkan sup bunjut,kacau.
6.Bila mendidih masukkan air rebusan daging.Tapis(buang semua bahan dalam rebusan daging. Masukkan tulang tadi sekali dalam kuah sup.Tambah air dalam 3 cawan.
7.Kacau, masukkan pati lembu,sedikit daun sup ,cili, semua jenis kicap,sos ikan,garam,gula, perasa secukup rasa.Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
Resipi air lada
Bhan-bahan:
2 biji cili besar
8 biji cili padi atau cili thai
1 inci gula Melaka
3 biji bawang putih
Garam
Perasa
2 sudu besar cuka mkn
Cara memasak:
1.Kisar halus bahan 1 hingga 6 dengan sedikit sahaja air.
2.Masukkan dalam kuali,panaskan.
3.Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat,tambah sedikit air jika perlu.
Cara makan kue teow sup
1.Makan ketika ia panas. Caranya celur kue teow dan toskan. Masuk dalam mangkuk.
2.Celur sekali taugeh dan perut daging.Toskan..masuk mangkuk.
3.Masukkan daun sup,masukkan kuah sup.
4.Masukkan air lada.Siap untuk dimakan.
Kredit: Muliadi Ramli
Ketupat Manis Kelantan Ikut Resipi Arwah Mak, Antara Menu Wajib Ada
Kek Buah Kukus Zaman Mak Kita Dulu, Ikut Step Yang Betul Barulah Kek Menjadi Lembap dan Lembut