Chocolate Raisin Bun ni nampak sedap kan? Menurut empunya resipi, saudari Zuraita Mohd Anua, jika mahukan rasa roti yang lebih sedap, anda boleh guna inti coklat. Jika tiada, boleh je digantikan dengan cip coklat dan kismis. Hasilnya sangat gebu. Cubalah. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK CHOCOLATE RAISIN BUN SECARA HOMEMADE 

IKLAN


Resipi Chocolate Raisin Bun Sangat Lembut & Sedap

BAHAN A:

IKLAN
  • 200ml air suam
  • 1 paket yis (11gm)
  • 4 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat
    (Campur semua dan tunggu kembang dalam 10 minit.)

BAHAN B:

  • 3 ½ cawan tepung roti
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh bread improver (takde pun tkpe)
  • 2 sudu makan mentega/marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur
    (Masukkan semua dalam bread maker)

CARA MEMASAK:
1. Selepas bahan A kembang, masukkkan ke dalam bahan B. Set fungsi ‘dough’ pada bread maker. Kemudian, biarkan bread maker melakukan kerja menguli.
2. Apabila bread maker berhenti menguli kali pertama, masukkan cip coklat dan kismis (kalau taknak letak inti). Kemudian tunggu sampai habis.
Resipi Chocolate Raisin Bun Sangat Lembut & Sedap

3. Cukup masa, keluarkan adunan dari bread maker. Bulat-bulatkan. Kalau ada inti, masukkkan inti waktu ini.

4. Susun doh atas baking tray yang sudah disapu mentega. Tunggu 30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.
5. Bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah selama 10 minit.
6. Kemudian bakar pada suhu suhu 150-160C menggunakan api atas bawah selama 10 minit lagi.
7. Selepas roti masak, keluarkan dan sapu mentega atas permukaan roti. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Resipi Chocolate Raisin Bun Sangat Lembut & Sedap

Resipi Chocolate Raisin Bun Sangat Lembut & Sedap

IKLAN

Resipi Chocolate Raisin Bun Sangat Lembut & Sedap
.

Kredit resipi & foto: Zuraita Mohd Anua

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI