Terasa nak makan pasta tapi versi lain sedikit dari yang biasa anda masak? Boleh cuba resipi Chicken Tortelinni ni. Penuh krim, kaya dengan rasa keju, mudah malah sekali imbas, persis hidangan dari restoran Itali yang mewah. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

BAHAN-BAHAN:

  • 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
  • 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
  • 1 labu bawang Bombay | cincang halus
  • 2 sudu makan cincangan daun parsli
  • 50gm bayam muda
  • 2 sudu makan parutan keju parmesan
  • 1 biji telur |pukul dengan garfu
  • Secubit ‘allspice’
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CUBA: 

6 Hidangan Pasta Lazat Yang Pasti Tambat Selera Sekeluarga

IKLAN

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 1 ½ cawan krim masakan
  • 120gm cendawan butang | hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih| cincang halus
  • 4 sudu makan parutan keju parmesan
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Cincangan daun parsli |untuk hiasan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa.  Gaul sebati. Ketepikan.
  3. Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat.  Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap).  Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
  4. Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam.  Celur tortellini selama 5 minit dan toskan.  Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
  5. Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.

INFO CHEF:  Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.

IKLAN

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA: 

http://www.rasa.my/hanya-7-bahan-mudah-macaroni-cheese-serta-brokoli-cendawan-super-yummy/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI