Untitled design - 2021-01-21T115923.091

Kalau pergi ke kafe hidangan pastri pasti menjadi kesukaan. Pai yang diletakkan sama ada ayam mahupun daging menjadikan minum petang anda lengkap.PKP ni semuanya terbatas, nak duduk dalam kafe pun tak boleh. Jadi jomlah buat sendiri pai kesukaan anda.

𝐶𝐻𝐼𝐶𝐾𝐸𝑁 𝑀𝑈𝑆𝐻𝑅𝑂𝑂𝑀 𝑃𝐼𝐸

Bahan-bahan:

Puff Pastry Kawan

Sedikit isi ayam ( potong kecil)

2 batang sosej – kalau suka

Sedikit mixed vege

1 biji bawang Holland dipotong dadu

2 ulas bawang putih dicincang

1 sudu teh lada sulah

1 sudu teh lada hitam

1 sudu teh oregano

1 tin kecil soup mushroom kimball

1 kiub pati ayam

IKLAN

1/2 cawan susu segar

1sudu besar butter untuk menumis

Sedikit garam

Cara memasak:

1.Panaskan butter, tumiskan bawang hingga layu.

2.Masukkan ayam.

3.Tumis hingga ayam dah masak, masukkan mix vege.

4.Masukkn kimball soup dan gaul sebati

5.Masukkan susu dan kiub pati ayam

IKLAN

6.Masukkn oregano, lada hitam dan lada sulah

7.Letak garam jangan banyak sangat sebab soup kimball tu pun dah masin.

8.Masak hingga agak kering boleh tutup api.

9.Sementara itu sediakan bekas untuk pai.

10.Sapukan sedikit butter dan letakkan puff pastri tadi.

11.Letakkan inti dan tutup pai.

12.Potong puff panjang-panjang dan tutup pai stail anyaman

13.Kalau nak tutup macam biasa pun boleh tapi guna garfu untuk tekan tepi pai

14.Sapukan kuning telur atas pai.

IKLAN

15.Kalau suka boleh tabur parsley flakes.

16.Panaskan oven suhu 180-190 dan bakar selama 25-30 minit .

Dah siap, sedap makan panas-panas masa keluar oven.

Selamat mencuba.

Kredit :Hidayati Hana

INGIN MENUKAR KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.

Cara Buat Roti Kastard Menggunakan Kuali. Memang Sedap!

Cara Buat Cheese Tart Buncit. Puas Makan & Boleh Buat Jualan

Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI