Sedapnya kalau dapat makan Cendol sejuk-sejuk. Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA BUAT CENDOL SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat – beli online disini
1 tin santan pekat – beli online disini
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah – beli online disini
Ais
CARA MEMASAK:
1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
6. Cendol sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Shida Ambok
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pucuk Ubi Tempoyak Petai. Menu Kampung Popular Digemari Ramai
Buat Sendiri Kacang Goreng Masin Sedap Dengan Kos Tak Sampai RM10
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Menu Ayam Ekspres Sesuai Yang Sedap Dan Senang Buat.
Mak-mak pening kepala, anak tak reti jemu dengan menu ayam, sampai tak ada idea nak masak apa dengan ayam di hari cuti hujung minggu ni. Jangan risau, RASA kongsikan lagi lima menu ayam yang gerenti jilat jari makan. Semuanya sedap dan mudah je nak masak, pilih je mana satu yang berkenan di hati, atau masukkan semua dalam senarai menu harian anda semua.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
- 3 batang serai | titik
- 12 biji cili padi | hiris memanjang
- 2 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih | titik
- 3cm halia muda | hiris memanjang
- 2 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam,gula dan perasa secukupnya
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
- Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
- Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
- Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
- Ayam sedia dihidangkan.
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
- 2 biji bawang besar | hiris
- 5 batang serai | titik
- 3 sudu makan pes cili kering
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
- Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
- Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
- Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
- Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
- Ayam sedia dihidangkan.
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
- 2 batang bunga kantan | hiris
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | hiris halus
- 2 batang serai | hiris halus
- 8 biji cili padi | hiris halus
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
- Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
- Tutup api, hidangkan panas-panas.
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
- 4 batang serai | titik kasar
- 1 biji bawang besar | potong dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia muda | hiris halus
- 6 biji cili padi | hiris memanjang
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
- Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
- Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
- 2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
- 500ml santan pekat
- Daun pegaga secukupnya
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras
- 3cm halia muda
- 3cm kunyit hidup
- 8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
- Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
- Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
- Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
- Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
- Balut ikan dan bakar hingga masak.
- Setelah masak ayam percik sedia dihidangkan
Kudapan Enak Tumpi Kacang Dal Dengan Ikan Bilis
Aktiviti buat kudapan untuk minum petang ataupun kudapan harian di rumah. Hari ni kita cuba buat tumpi kacang dal dengan ikan bilis.
Buat mereka yang sukakan snek ala tradisional, bolehlah cuba resipi tumpi kacang dal daripada Ummu Ashraf ini.
TUMPI KACANG DAL DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
400 gm tepung beras (saya guna jenis apa yang ada sebab tinggal luar negara tak boleh memilih jenama tepung beras. Asal ada tanda halal je) – beli online di sini
2 biji telur
5 cawan santan – beli online di sini
Sedikit garam
½ sudu teh kapur makan (campur air)
TONTON Laksa Johor Yang Wajib Try
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
3 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih – beli online di sini
2 sudu besar jintan manis – beli online di sini
Segenggam ikan bilis – beli online di sini
½ genggam udang kering – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
Sedikit garam
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan. Tambah air jika perlu. Saya tumbuk kasar-kasar lagi 1 sudu besar ketumbar, jintan putih dan jintan manis setiap satu dan masukkan lagi sebab saya suka rasa tergigit rempah.
2. Rendam 400gm macam dal semalaman. Nak guna nanti toskan.
3. Masukkan tepung beras dalam satu bekas. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk. Kacau-kacau. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Kacau sekata.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masukkan telur dan santan sambil-sambil kacau. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
5. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair. Kemudian, masukkan air kapur. Kacau rata.
6. Panaskan minyak. Sebelum mula menggoreng, baru masukkan kacang dal dan ikan bilis ke dalam adunan. Kacau-kacau bagi sebati.
7. Ambil sesenduk adunan, tuang di bahagian tepi kuali. Adunan akan mengeras dan jatuh sendiri ke tengah kuali. Goreng hingga keemasan.
Kredit resipi: Ummu Ashraf
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Nasi Daging Utara Lengkap Dengan Air Asam Kerisik. Menu Dari Pagi Sampai Ke Malam
Nasi Daging Utara hidangan yang lengkap untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga. Resipi lengkap daripada nasi, sup dan juga air asam kerisek, menu macam ni boleh dimakan dari pagi sampai ke malam.
Hidangan istimewa dari Utara Malaysia ni memang cukup terkenal. Makan dengan air asam tu memang tambah menyelerakan. Istimewanya air asam ini diletakkan kerisek dengan rasa yang pedas-pedas masam.
Nurul Hawa Nadila Sari berkongsi resipi lengkap daripada nasi sehinggalah air asam kerisek. Buat hujung minggu nanti makan ramai-ramai memang best.
Resepi Nasi Daging Utara & Air Asam Kerisik
NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
Daging ½ kg potong nipis sederhana kecil dan rebus
Beras 5cawan
2 sb rempah kurma
3 sekawan
1sb marjerin
1ulas bawang merah hiris
1ulas bawang putih hiris
1helai daun pandan
Setengah kiub pati daging
Setengah cawan susu cair
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan marjerin
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan dan serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
- Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
- Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair.
- Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik tunggu je sampai masak.
- Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
tomato dihiris
bawang merah hiris
3 biji cilipadi hiris
Asam jawa
kerisek
cili merah*
cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam*
Gula*
CARA MEMBUAT:
- Tumbuk bahan bertanda * (nak hiris pun boleh atau picit)di atas
- Bahan hiris masukkan dalam mangkuk
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk
- Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas-ramas biar sebati
- Masukkan kerisik dan ramas-ramas lagi
- Siap
Kredit: Nurul Hawa Nadila Sari
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Daging Masak Cili Kering Paling Mudah. Sikit Je Bahan Yang Guna
Cara Masak Lauk Daging Yang Simple & Cepat Siap, Buat Daging Masak Asam. Sedap Pulak Tu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official