Sedapnya Cekodok Jejari Kentang. Di musim PKPB macam sekarang ni, anak-anak pastinya asyik nak makan je. Jadi bolehlah cuba buat kudapan mudah ni untuk minum petang. Kalau buat dan masa menonoton tv pun best. Bahan-bahan sangat mudah dan boleh dipelbagaikan ikut bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Bestkan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Eyda Rohaidah ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK CEKODOK JEJARI KENTANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji ubi kentang – kupas kulit
- Tepung gandum secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- 1 biji bawang merah – hiris halus
- Cili padi secukupnya – jika suka pedas
- Daun kucai dan tauge – jika suka, boleh masukkan.
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Sagat ubi kentang halus-halus. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan tepung gandum secukupnya ( jangan terlalu banyak), serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga tambahkan sebiji telur.
3. Gaul semua bahan hingga rata. Air jangan letak banyak. Cukup sekadar secukupnya sahaja.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng adunan cekodok tadi hingga berwarna keemasan.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Eyda Rohaidah
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
https://www.rasa.my/resipi-agar-agar-santan-pandan-paling-mudah/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih. Sedap & Rangup Berlemak
Kacang Goreng Bawang Putih ni rupanya sangat mudah disediakan sendiri. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja, anda boleh buat stok kudapan untuk suami dan anak-anak tanpa memerlukan kos yang mahal. Hanya guna 5 bahan mudah sahaja. Goreng, gaul-gaul, dah siap. Saudari Norazila Jowail ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
RESIPI KACANG GORENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
Kacang besar secukupnya – beli online disini
2 cawan santan pekat – beli online disini
3 cawan air – agak-agak terendam kacang
5 ulas bawang putih – beli online disini
½ sudu garam
BAHAN LAIN:
Bawang putih
Daun kari
CARA MEMASAK:
1.Basuh kacang dan toskan. Kacang ini boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit.
2. Satukan santan, air, bawang putih dan garam di dalam periuk. Sebatikan.
3.Masukkan kacang yang telah di toskan tadi. Masak sampai mendidih anggaran dalam 20 minit lebih kurang.
4. Angkat kacang, toskan dan biar air santan kering.
5. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng kacang bersama hirisan bawang putih dan daun kari.
6. Goreng tidak perlu terlalu lama. Hanya setakat hingga agak kekuningan dan bawang putih sudah garing.
7. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Norazila Jowail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Pizza Cup Tanpa Guna Oven. Serius, Masak Dalam 7 Minit Je.
Pizza Cup ni nampak sedap kan? Sesuai anda sajikan buat anak-anak. Di musim cuti persekolahan tentunya waktu yang sibuk bagi ibu-ibu. Mana tidaknya, anak-anak di rumah asyik minta makan. Salah satu menu yang paling mudah untuk dihasilkan adalah menu olahan dari roti. Sangat ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.
Salah satu yang boleh dicuba ialah Pizza Cup perkongsian saudari Siti Misyati ni. Sangat mudah. Bakar pun guna air fryer je. Namun jika tiada air fryer, boleh je guna ketuhar. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA CUP MASAK GUNA AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
- Roti – potong kiub (beli online DISINI)
- Jejari ketam – boleh ganti dengan sosej (beli online DISINI)
- Bunga kubis secukupnya – boleh juga gantikan dengan sayur lain
- Bawang merah secukupnya – hiris (beli online DISINI)
- 2 biji telur
- Mayones secukupnya (beli online DISINI)
- Serbuk lada hitam secukupnya (beli online DISINI)
- Garam secukup rasa (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan dan potong kiub. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Gaul sebati.
3. Gaul hingga semua bahan bersalut seperti ini.
4. Sudukan campuran roti ke dalam cawan kertas. Boleh juga guna acuan yang bersesuaian. Tabur keju jika suka.
5. Susun dalam air fryer dan bakar pada suhu 160C selama 7 minit. (dapatkan AIR FRYER murah secara online DISINI)
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Misyati
Dapatkan pelbagai barangan TEFAL original pada harga berpatutan sempena jualan 12.12 DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Tak Perlu Sira. Resipi Kuih Gegatas Ni Sesuai Untuk Anda Tak Suka Manis.
Kak Ros Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Sedap. Campur Bahan Ni Memang Padu.
Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap. Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera
Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Pasti Tak Cukup Satu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ada Banyak Pisang Kat Rumah, Ini 4 Resipi Sedap Yang Boleh Korang Cuba.
Pisang adalah buah yang baik untuk kesihatan kerana pisang bebas lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potassium. Oleh itu pisang boleh dipelbagaikan dibuat kuih muih, dessert dan juga kek yang sedap dan mudah disediakan, sebab itu ia sangat sesuai kalau korang jadikan kudapan untuk dijadikan menu pot luck atau bekal anak ke sekolah. Nak tahu apa sahaja menunya, berikut RASA kongsi 4 resipi yang sungguh sedap.
NUGGET KEJU PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji pisang berangan
- 100gm tepung gandum
- 2 sudu makan gula perang
- 1 biji telur
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 150gm keju parut
- Secubit garam
- Sedikit air
BAHAN LAPISAN NUGGET:
- 3 sudu makan tepungi jagung
- 3sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan
- Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
- Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau.
- Tambahkan keju dan kacau rata.
- Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini.
- Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan.
- Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
- Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
- Bancuh tepung jagung sedikit cair.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Celupkan nugget dalam bancuah tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
- Goreng atas api sederhana hingga kekuningan.
- Angkat dan sedia dihidangkan
MUFFIN OAT PISANG COKLAT CHIP
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji pisang | lenyek hingga halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan oat
- 1/2 cawan choklat chip
- 1/4 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh baking soda
- Secubit garam halus
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu penuh krim
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
- Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda, serbuk baking powder dan secubit garam.
- Kacau hingga semuanya sebati.
- Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan minyak jagung, pisang yang dileceh dan esen vanilla. Kacau rata hingga sebati.
- Masukkan bahan tepung dalam mangkuk campuran pisang, sambil kacau rata.
- Campurkan coklat cip, kaup balik.
- Susun cawan kertas, dan suduk adunan dalamnya 3/4 cawan. Taburkan coklat cip di atasnya.
- Bakar lebih kurang 15-18 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar.
- Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
KEK PISANG BADAM COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji pisang berangan | lecek
- 1 cawan gula perang
- 150gm badam cincang | goreng sangai
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen pisang
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN AYAK BERSAMA:
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN COKLAT:
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 2 sudu makan mentega
- 1/2 cawan air suam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhara pada suhu 18oC api atas bawah.
- Sediakan loyang pembakar. Kemudian lenser dengan mentega dan alas kertas minyak.
- Kisar gula, telur, minyak di dalam ‘blender’ hingga putih(3-5 minit).
- Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
- Masukkan pisang, esen pisang dan vanilla. Gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang.
- Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
- Setelah kek masak, sejukkan.
- Sediakan sos coklat. Masukkan dalam periuk semua bahan sos.
- Kacau rata, hingga sebati dan berwap. Tutup api.
- Tuangkan atas kek coklat, kemudian taburkan badam cincang yang telah disangai.
- Sejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
APAM PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan pisang | lenyek
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 minyak jagung
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- Secubit garam
- 2 biji pisang | hiris bulat untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarabonat.
- Masukkan pisang lenyek, gula dan secubit garam. Kacau sebati.
- Masukkan pula minyak, gaul rata lagi.
- Sudukan adunan dalam acuan. Hias di atasnya dengan hirisan pisang.
- Kukus selama 15 minit dalam kukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
- Setelah sejuk, ia sedia dihidangkan.