Resipi Bubur Sum Sum perkongsian saudari Shida Bidin ni memang terbaik. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian manisan tradisional, resipi ni tentunya perlu anda cuba. Mudah je. Nak masak bubur ni cukup mudah. Hanya guna 4 bahan. Makan sejuk-sejuk memang puas hati.

CARA MASAK BUBUR SUM SUM SEDAP & BAHAN SUKAT GUNA CAWAN

Resipi Bubur Sum Sum Sedap & Lembut Guna Sukatan Cawan

BAHAN-BAHAN BUBUR:
2 cawan tepung beras – beli online disini
5-6 cawan air
1 cawan santan pekat – beli online disini
Sedikit garam

BAHAN AIR GULA:
Gula merah/gula melaka secukupnya – beli online disini
Daun pandan
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua sekali bahan-bahan untuk membuat bubur ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung.
2. Buka api perlahan dan masak adunan tadi hingga likat dan meletup-letup. Bila tepung meletup begitu, ia menandakan tepung telah masak.
3. Jika mahu buat Bubur Sum Sum dua warna, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Asingkan adunan putih ke dalam bekas lain, bakinya tambah sedikit perwarna hijau.
4. Tuang adunan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dinikmati.

IKLAN

Resipi Bubur Sum Sum Sedap & Lembut Guna Sukatan Cawan
5. Untuk gula merah, masak gula melaka bersama air dan daun pandan. Kemanisannya bergantung pada cita rasa masing-masing.
6. Sejukkan air gula dan hidangkan bersama Bubur Sum Sum.

Resipi Bubur Sum Sum Sedap & Lembut Guna Sukatan Cawan

Kredit resipi & foto: Shida Bidin

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra. Sangat Sedap & ‘Comfirm’ Makan Bertambah

Patutlah Dapat 35K Share. Sambal Garing Pedas Ni Memang Sedap

IKLAN

Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang

Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI