Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI BUBUR ASYURA UTARA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
  • 1kg santan
  • ½ kg kacang hijau
  • ½ kg kacang kuda
  • ½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
  • 1kg ubi keledek merah
  • 5 tongkol jagung
  • 1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
  • 3 sikat pisang
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.

IKLAN

2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih.
3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak.
4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Jihan Zahira

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI