BAHAN-BAHAN: 

  •  Ikan siakap - dibersihkan
  • 1 ulas bawang putih  - dihiris @ tumbuk
  • 2 inci halia - dihiris
  • sedikit garam 
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

 

 

CARA-CARA: 

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana.
  2. Lumurkan ikan bersama garam, kiub ikan bilis, serbuk lada hitam, halia dan bawang putih.
  3. Kukus selama 20 minit.
  4.  Setelah masak boleh angkat dan dimakan panas-panas bersama nasi putih.

 

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Duniaku...

http://mas-dapurmas.blogspot.com