Resepi : http://hanamemories.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • 3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

CARA-CARA:

  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ). Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Kredit resipi sepenuhnya kepada Hanamemories Photography www.hanamemories.blogspot.com