BAHAN-BAHAN:

  • 150 gram putih telur ( anggaran 4 biji telur)
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 camca besar tepung jagung
  • 2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh esen vanilla ( kalau nak pavlova putih, omit esen vanilla)
  • Whipping cream secukupnya ( Mat pakai yang sedia guna dalam tin)
  • Strawberi, Raspberry, Blueberry dan Mangga segar secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan oven pada suhu 150'C. Sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensil. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan gunakan bahagian ini untuk membentuk pavlova. Ketepikan.

2. Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung. Gaul rata adunan tadi tapi jangan terlebih gaul. ( Mat gaul guna spatula).

3. Masukkan adunan ke dalam 'piping bag' yang dipasang nozel berbentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi. 

4. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120'C dan bakar selama 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whi[pping cream ditengahnya dan susun buah-buahan segar mengikut kretiviti anda. Hidangkan segera.

 

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Dapur Tanpa Sempadan

www.tiffinbiru.blogspot.com