BAHAN A (Untuk menumis)

  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 8 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 30 biji cili padi kampong (ditumbuk)
  • 3 batang serai (Ketuk)
  • Sedikit halia sebesar ibu jari(diketuk)

 

BAHAN B

  • Santan Pekat dari 1 biji kelapa
  • 1 kilo Sotong (Janggut dan kepala sotong di sumbat kedalam badan sotong dan ia kemudian di klip dengan 'lidi pencukil gigi'
  • 1 kiub Pati Ikan Bilis KNOR
  • Sedikit garam


BAHAN C

  • Belimbing buluh
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 helai daun limau purut

 

Cara-Cara Memasak:-


1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang betul-betul layu ..jika tidak masak lemak akan menjadi kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan (Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan menjadikan kurang menarik)
4. Sebelum angkat masukkan bahan C. Sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Intai-Intai Dapur FHA 

www.intai-intaidapurfha.blogspot.com