BAHAN-BAHAN:


BAHAN ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan santan- sederhana pekat
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
  • Sedikit garam

BAHAN INTI:
  • Sedikit daging kisar- agak2 1 cawan kot
  • 1 biji bwg besar- cincang halus
  • 2 ulas bwg putih- cincang halus
  • Sedikit halia- cincang halus
  • 1 sudu besar serbuk kari daging- leh juga guna serbuk rempah sup
  • Cili merah-hiris
  • Daun bawang- hiris

CARA MEMASAK:

UNTUK ISI
  1. Tumis bwg besar, bwg putih dan halia sampai naik bau
  2. Bancuh serbuk kari ngan sedikit air
  3. Masukkan dlm tumisan tadi
  4. Masukkan daging + air skit + garam
  5. Biar sampai daging masak dan kering
  6. Masukkan cili hiris dan daun bawang
  7. Angkat dan ketepikan.
 
UNTUK ADUNAN
  1. Masuk semua bahan dalam pengisar
  2. Kisar sampai sebati
 
CARA MEMASAK
  1. Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak pada setiap lubang acuan
  2. Guna api yg paling kecil
  3. Tuang bancuhan tepung hampir memenuhi acuan tapi jangan terlampau penuh
  4. Isikan inti
  5. Tabur sedikit cili merah + daun bawang
  6. Tutup permukaan loyang dgn tudung periuk
  7. Kuih dah masak bila tepung dah bertukar warna
  8. Alihkan kuih dari acuan guna pisau/ garfu/ lidi

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Sepanjang jalan kenangan

http://denuanza.blogspot.com