Resepi : mysimpleanddelicious.blogspot.com

 

 

BAHAN-BAHAN:  

 

  • 4 biji epal hijau ( dicuci, dikeringkan dan simpan di dalam peti sejuk sebentar)
  • 4 batang chopstik / batang aiskrim
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • Pewarna merah secukupnya
  • Kertas minyak ( sapukan sedikit minyak atau butter diatas kertas tersebut)
 
  •  
CARA-CARA:
 
1. Masukkan gula, air, bunga cengkih, pewarna merah dan serbuk kayu manis ke dalam periuk. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih. 
2. Untuk menguji tahap gula tersebut samada sudah sedia digunakan atau tidak, letakkan sudu dan masukkan kedalam air sejuk. Jika gula tersebut terus mengeras, ia menunjukkan gula tersebut sudah boleh digunakan.  Tutup api.
3. Cucuk epal dengan chopstik atau batang aiskrim dan pusingkan sehingga keseluruhan epal diselaputi karamel. Sila berhati-hati kerana suhu karamel sangat panas. 
4. Letakkan epal di atas dulang yang telah dialas dengan kertas minyak. Biarkan sehingga sejuk dan boleh dihidangkan. 
  1.  

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

My Kitchen

www.mysimpleanddelicious.blogspot.com