Sumber : Sajian Dapur Bonda

Bahan-Bahan: 

  • 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10. Bersihkan dan sedia untuk goreng.
  • 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
  • 100gm buah kismis
  • 50gm buah jagus
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 susu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering) - Kak Noor gunakan serbuk kayu manis yang siap dalam paket (boleh dibeli di pasar raya Carrefour)
  • Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
  • Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
  • Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
  • Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
  • Hirisan bawang besar -  1 biji (besar).
  • Minyak masak dan garam untuk secukup rasa. 


Penyediaannya:

1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng. Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja. Asingkan.. 

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. Jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini. 

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila telah keluarkan bau yang harum, masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum,  masukkan pula bahan kisaran bawang+halia + bawang putih. 

4. Apabila gorengan ini mengeluarkan haruman, masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis, dan serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini.  Apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum, masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan (kepekatan)  yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat (pekat),  bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana. 

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng.  Kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap ke dalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan buah ganjus dan kismis yang telah goreng. Kacau serata. 

6. Keluarkan daripada kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu ke atas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah).

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Sajian Dapur Bonda 

www.sajiandapurbonda.blogspot.com/