Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu biskut yang popular adalah Biskut Samprit ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.

 

BISKUT SAMPRIT CHIP

IKLAN

Resipi Biskut Samprit Chip Mudah & Sedap. Tiap Kali Raya Memang Laku Keras!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 buku mentega – kalau margerin 1 kilo tu bahagikan sahaja kepada 4 bahagian. Maknanya 1 bahagian tu 250gm
  • 1 cawan gula ising – ayak
  • 2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega dengan gula ising. Gaul guna spatula sampai sebati.
  2. Satukan ketiga-tiga jenis tepung kemudian ayak ke dalam bekas berisi mentega tadi. Gaul sekali lagi hingga sekata.
  3. Terap adunan menggunakan acuan semperit. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga biskut masak. ( waktu memasak dan suhu mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar)
  4. Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resipi Biskut Samprit Chip Mudah & Sedap. Tiap Kali Raya Memang Laku Keras!

IKLAN

INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas.

Kredit resipi & foto: Diana Yusof

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI