Biskut makmur cara Ummi ni mudah saja sukat guna cawan dan guna minyak sapi. Memang menjadi dan terasa sedap gebu mencair dalam mulut.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum- BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula
Susu tepung every day ( untuk salut kuih makmur)
2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak kemudian sejukkan dan kisar
Minyak sapi cap gheeblend tin kecil
Cara membuat:
1.Gaul semua bahan kecuali susu tepung hingga menjadi doh dan buat bentuk bulat-bulat macam dalam gambar
2.Bakar ikut oven masing-masing, dah siap bakar tunggu sekejap biar sejuk.
3.Kemudian salut susu tepung macam dalam gambar.
4.Setelah siap simpan dalam bekas yang kering.
Selamat mencuba
Kredit : Ummi Hawa
Oat Coklat Snow Cookies Sedap Buat Kudapan, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis
Semperit Klasik & Tart Gulung Ikut Sukatan Cawan. Ikut Langkah Betul Gerenti Jadi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Biskut Raya: Honey Nestum Almond Cookies Crunch
Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Hazlita Ishak, resipi ni memang sangat senang. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
CARA BUAT BISKUT HONEY NESTUM ALMOND COOKIES CRUNCH
BAHAN A:
- 250gm mentega atau marjerin
- ½ cawan gula perang halus
- 1 penutup esen vanilla
- 2 sudu makan madu
BAHAN B:
- 1 sudu teh baking
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan tepung jagung
BAHAN C:
- 1 ½ cawan tepung gandum
BAHAN D:
- 2 sudu makan susu tepung
BAHAN E:
- ½ cawan nestum
- ½ cawan cip coklat
- ½ cawan kepingan badam ( almond nips/strips)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan pukul rata menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan bahan B. Pukul sekali lagi hingga sebati.
2. Tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan juga bahan D. Gaul lagi.
3. Tambahkan bahan E. Gaul lagi supaya rata. Jika adunan agak berderai, tambahkan mentega atau marjerin sedikit demi sedikit hingga adunan jadi tidak berderai. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Cubit adunan atau ambil menggunakan sudu. Kemudian susun atas dulang pembakar.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 10 minit. Bakar adunan selama 30-35 minit. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing. (Masak biskut ni api ketuhar kena perlahan)
6. Bila dah masak, keluarkan. Semasa panas, biskut ini agak lembut. Bila sejuk, barulah ia akan keras dan rangup bila dimakan.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto (Dicuba oleh): Hazlita Ishak
Resepi asal: Azlina Ina
3 Resipi Lauk Pauk Pedas Pemikat Selera Waktu Berbuka.
Masuk hari ke 14, pasti ramai yang tercari-cari idea nak masak apa untuk berbuka petang nanti. Resipi yang RASA kongsi ni pasti anda suka. Sangat mudah & sedap! Penyediaannya tidaklah terlalu rumit, namun yang pasti, lauk pauk ni pasti kena dengan selera anda yang suka menu pedas.
1. SAMBAL CILI PADI UDANG DENGAN KAMPAS
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang ] bersihkan
- 3 biji kampas saiz sederhana ] buang biji, hiris dan rendam seketika dalam air garam
- 20 biji cili hijau
- 4 ulas bawang merah
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi dan bawang hingga lumat. Ketepikan.
- Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng udang tadi hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan lebihan minyak menggoreng tadi, tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili padi bertukar menjadi hijau gelap. Masukkan asam gelugur.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan kampas dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka lagi pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
2. MASAK LEMAK JERING TUA TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg jering tua ] rebus dan tumbuk sedikit
- 2kg santan 10 biji cili padi ] tumbuk 3 batang serai ] ketuk
- 2cm kunyit hidup ] tumbuk
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu, jering tua direbus hingga empuk. Kemudian ditumbuk sedikit dengan lesung batu. Ketepikan.
- Masukkan santan di dalam periuk. Masukkan cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sekata.
- Masukkan jering tua, serai, asam gelugur dan masak menggunakan api perlahan.
- Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Biarkan mereneh hingga kuah agak pekat.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan jering direbus benar-benar empuk supaya lebih sedap.
3. TEMPOYAK GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tempoyak
- 200gm ikan bilis
- 15 biji cili padi
- 2 helai daun kunyit ]racik kasar
- 2 batang serai ] ketuk
- 2cm kunyit hidup
- 1 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi dan kunyit hingga lumat. Ketepikan.
- Masukkan tempoyak di dalam sebuah mangkuk dan satukan dengan cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sekata. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan lebihan minyak menggoreng bilis, tumis tempoyak tadi. Masukkan daun kunyit, serai dan asam gelugur.
- Jangan lupa untuk sentiasa mengacau kerana ia mudah melekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan bilis yang siap digoreng. Kacau sebati. Angkat dan sedia dihidangkan.
Kek Pisang Moist Hanya 30 Minit Lembut & Gebu
Siapa suka makan kek pisang? patut cuba resipi yang sangat ringkas dan mudah ini. Kombinasi enak manis pisang dan cip coklat yang sangat serasi.
KEK PISANG MOIST HANYA 30 MINIT
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- Secubit garam*
- Sedikit esen vanila
- 2 biji telur grade A
- 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
2. Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
3. Pukul telur sampai berbuih.
4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
5. Masukkan esen vanila.
6. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
7. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
8. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
9. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
10. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
Info: Boleh hiris nipis pisang dan letak ke atas adunan sebelum dibakar.
Kredit: Sabariah Sharif