Bergedil Daging jika kita beli di luar harganya agak mahal, lagi-lagi kalau Bergedil Daging. Kadang-kadang banyak rasa ubi je, ayam atau dagingnya tak terasa pun. Mari buat sendiri Bergedil Daging. Boleh letak lebih daging. Puas makan. Berikut resipi cara buat Bergedil Daging yang dikongsikan oleh Koleksi Resipi Puan Puan Sharifah Shaari. Selamat mencuba!
RESIPI BERGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
500 gm ubi kentang. Dikupas dan hiris setebal 1/2 sm –BELI ONLINE 100 gm daging pejal 1 biji bawang besar (dimayang) 1 tangkai daun bawang (dihiris halus) 1 sudu teh serbuk lada hitam –BELI ONLINE 2 biji telur Garam secukup rasa –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kentang dan bawang. Potong daging kasar.
2. Masukkan daging dalam pengisar dan kisar. Jika tiada pengisar, cincang sampai lumat.
IKLAN
3. Masukkan ubi, bawang, garam dan serbuk lada hitam. Bagi beginners, masukkan setengah biji telur supaya tak mudah pecah semasa dibalikkan ketika menggoreng. Kisar.
4. Keluarkan adunan dan gaul sebati dengan daun bawang.
5. Bentukkan bulat dan leperkan.
IKLAN
6. Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak banyak di atas api sederhana. Balikkan dan angkat. Siap untuk dihidangkan.
Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga.
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
1/2 biji nanas | dihiris
1 biji cili merah
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
5 keping isi dan tulang kambing
1 biji bawang Bombay | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
1 kiub stok daging
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba basil
1 liter air
1 biji ubi kentang | dipotong kiub
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100gm isi kelapa | dihiris nipis
2 biji cili padi merah | dihiris nipis
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ekor lembu
3 ulas bawang putih | diketuk
1 biji bawang bombay | dimayang
2 kiub stok daging
2 liter air
3 biji tomato ranum | dibelah empat
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5. SUP PETOLA BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN:
1 batang petola | dibuang kulit dan dipotong kecil
1 paket bebola ikan
1 kiub stok ikan
3 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
1000ml air
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus bawang putih bersama kiub stok ikan dan air sehingga mereneh.
Kemudian masukkan bebola ikan dan petola. Biarkan sehingga petola menjadi lembut.
Kemudian masukkan hirisan cili merah. Didihkan seketika.
Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah sebelum dihidang.
6. SUP RASSAM
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu teh jintan manis
3 ulas bawang merah | dimayang
6 tangkai cili kering
2 biji tomato masak ranum
1 tangkai daun kari
4 sudu makan pes asam jawa | dicampurkan dengan 750ml air
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit hirisan leek | hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan jintan manis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, tomato dan daun kari. Kacau sehinga naik bau.
Tambahkan air asam jawa dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Renihkan sehingga rassam masak dan kelihatan sebati.
Ramai juga beranggapan daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi lantas membuat badan terasa panas. Namun sebenarnya daging kambing mempunyai pelbagai manfaat. Kambing mengandungi paras kolesterol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Buat yang menggemari daging kambing ia boleh dipelbagaikan menu masakan.
Anda boleh cuba resipi daging kambing masak pasamah, menurut Zakuan resipi ini diajar kepadanya oleh arwah tok. Mudahhh jaa masakkk pejam mata pon boley aihhhbb
Bahan-bahan
Kambing 2 kilo
Rempah daging cap babas
Cili kering 10 tangkai*
Bawang besaq 5 biji*
Bawang kecik 10 *
Bawang putih 1 labu*
Halia 1 inci cikit*
Kas2 serbuk(1 sudu)
Gula melaka
Kerisik
Daun sup
Bawang bulat
Cara memasak:
1.Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bagi sejuk baru kisar bahan2 ini
2.Kemudian ambik bahan2 yang dikisar dan tuang dlm kuali. Masukkan rempah dan kambing masak bagi naik wangi dalam masa 20 minit.
3.Bila dah naik minyak dan wangi..masukkan kerisik,gula melaka,garam dan air 1 cawan sikit,masak dalam 5 minit masukkan daun sup n bawang bulat dalam 3 minit dah boleh makan
Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.