Anda peminat kek keju? Jika ya, resipi ni anda kena cuba. Basque Burnt Cheesecake atau ada yang memanggil Kek Keju Hangus ni antara resipi terkini yang menjadi kegilaan para suri rumah untuk mencubanya. Nampak sedap kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Lina Thomas ni.

 

BASQUE BURNT CHEESECAKE

Resipi Basque Burnt Cheesecake. Kek Keju Hangus Paling Sedap Di Dunia!

BAHAN-BAHAN:

  • 1000gm krim keju
  • 300gm gula kastor
  • 7 biji telur
  • 500gm heavy cream/double cream/ UHT whipping cream
  • 30gm tepung gandum

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama, sediakan loyang kek ( spring-form pan) bersaiz 23cm yang telah dialas dengan parchment paper didalamnya.
  2. Pastikan parchment paper lebih tinggi ( sekurang-kurangnya 3 inci di atas bahagian baking paper). Loyang kek ( spring-form pan juga perlu dibalut dengan aluminium foil bagi elak adunan kek bocor masa dibakar.)
  3. Bagi menyediakan kek, putar krim keju dengan gula hingga sebati.
  4. Tambahkan telur satu demi satu. Pukul hingga rata dan sebati.
  5. Seterusnya masukkan heavy cream dan putar lagi sekali hingga semua bahan sekata.
  6. Akhir sekali, masukkan tepung. Putar lagi hingga sebati dan sempurna.
  7. Tuang adunan kek ke dalam loyang dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek bertukar warna keemasan.
  8. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan.
  9. Basque Burnt Cheesecake boleh dihidang bersama strawberry compote atau dimakan begitu sahaja.

 

RESIPI STRAWBERRY COMPOTE

IKLAN

Resipi Basque Burnt Cheesecake. Kek Keju Hangus Paling Sedap Di Dunia!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan strawberi segar atau frozen
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan jus oren

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan jus oren dan gula guna api sederhana sehingga gula larut.
  2. Potong nipis strawberi, masukkan ke dalam periuk tadidan masak dengan api sederhana selama 10 hingga 12 minit sambil dikacau menggunakan senduk kayu. Masak sehingga ia mula pekat sedikit dan buahnya lembut tetapi masih dalam kepingan.
  3. Tutup api dan strawberi compote ni boleh di makan bila-bila masa atau jika tidak habis dimakan, boleh simpan dalam balang kaca atau bekas bersih.
  4. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama seminggu. Untuk memanaskan semula, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro dan masak selama kira-kira 1 hingga 2 minit.

Resipi Basque Burnt Cheesecake. Kek Keju Hangus Paling Sedap Di Dunia!

Kredit resipi & foto: Lina Thomas

Link asal resipi: https://goo.gl/RTpjBD

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI