Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Resipi Bajet Daging Soya, Mudah & Mengenyangkan

Resipi Bajet Daging Soya, Mudah & Mengenyangkan

Pernah makan daging soya? Daging soya ni mudah simpan (kering, tahan lama, tak perlu peti ais) dan murah. Sesuai juga untuk mereka yang kurang makan daging.

Ia halal kerana diperbuat daripada protein soya. Daging Soya ni juga dikenali sebagai TVP (textured vegetable protein). Selain tauhu dan tempe, TVP juga adalah sumber protein berasaskan soya.

Jom kita masak dengan resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan.

 

RESIPI DAGING SOYA BEREMPAH

Resipi Bajet Daging Soya, Mudah & Mengenyangkan

 

BAHAN-BAHAN: (2-3 ORANG MAKAN):

150g daging soya kering (saya beli di kedai runcit, harganya RM3/250g)
10 biji bawang merah ros – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia
1 batang cili merah – beli online di sini
1 batang cili hijau
1 sudu besar serbuk kari daging – beli online di sini
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji tomato (besar)
2 sudu besar kicap masin – beli online di sini
100ml yogurt
1 batang daun ketumbar

IKLAN

Resipi Bajet Daging Soya, Mudah & Mengenyangkan

CARA MASAK:

TONTON Dapur Rasa Live: Kuah Rojak Mi

TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Kari Ayam 

*Oleh kerana kita guna protein soya, maka ia kurang rasa umami, jadi kita gunakan tomato untuk sebagai sumber umami alternatif. Umami ni adalah rasa yang kita dapat dari air rebusan tulang, daging, ayam, ikan bilis dan sebagainya.

IKLAN

1. Bahan yang paling mahal kita akan gunakan dalam resepi ni adalah cili. Oleh itu boleh kata, resepi ni resepi bajet tapi tak terlalu memudaratkan. Daging soya ni tinggi protein dan mengenyangkan.
2. Cara nak sediakannya, mudah. Rebus dalam air, dan diperasakan dengan garam. Ia akan kembang, dan selesai masak dalam 5 minit. Dalam dia padat. Daging soya ni rasa macam daging tak?
3. Sejujurnya, tak. Ia tiada rasa daging, dan teksturnya mirip bakso yang ringan atau takua. Namun begitu, kalau dimasak dengan resepi yang betul, ia akan jadi hidangan yang sedap.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Setelah itu, kita tumis bawang ros, bawang putih, halia, cili merah dan hijau dalam kuali. Bahan-bahan ni dipotong kasar sahaja, dan ditumis sampai layu dan harum.
5. Masukkan daging soya yang dah ditos dan diperah tadi. Tumis sampai sebahagiannya jadi garing dan perang gelap. Ini akan menjadikan daging ini lebih menarik bila dimakan nanti.
6. Okay, masa untuk letak rempah. Taburkan serbuk kari daging, cili, ketumbar dan kunyit. Tambah sedikit minyak, dan gaul sampai rempah ni menyelaputi daging soya kita.

Resipi Bajet Daging Soya, Mudah & Mengenyangkan
7. Pada waktu ini, boleh letakkan 2 sudu kecil garam dan gula. Sambung tumis sampai rempah tadi tiada bau dan rasa mentah. Jangan berhenti menggaul supaya tak hangus.
8. Tambahkan yogurt. Kalau tiada yogurt, boleh letak tairu, dahi, santan, susu segar, susu sejat atau ghee. Daging soya ni hampir tak ada lemak, jadi penting untuk kita letak sumber berlemak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

9. Tambah air secawan. Tadi kita dah masak daging soya sampai kering, jadi bila kita letak air ni, ia akan serap rempah dan perasa yang kita dah letak. Perasa dengan garam, kicap masin dan gula.
10. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Kalau kurang masam, tambah asam. Kalau nak lebih rasa macam daging, letak kiub perasa daging atau air rebusan tulang. Masak sampai kering.
11. Tada! Tabur sedikit daun ketumbar supaya naik kesegarannya. Daging soya berempah ni sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Padan dengan sayur kobis goreng kunyit.

*1 pek (250g berat kering) RM3, boleh masak hidangan untuk 4-6 orang makan.

Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Mudah Sangat Nak Buat Sambal Ikan Pauh Muda, Guna 5 Bahan Je

Ada Roti Lebih Di Rumah? Boleh Buat Kudapan Roti Goreng Pedas

Senangnya Buat Mee Sendiri Di Rumah, Lebih Kenyal & Jimat

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI