Anda suka makan Teppanyaki? Sedap kan? Kalau makan panas-panas, aih…sampai ke tauge licin! Biasanya kalau nak nikmati hidangan ni, anda kena ke restoran kan? Kini anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Mudah, sedap dan dijamin halal. Selamat mencuba!

AYAM TEPPANYAKI

BAHAN AYAM:

IKLAN
  • 300gm isi dada ayam | didadu kecil
  • 100gm tauge
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan kicap sotong / sos ikan
  • 1 sudu makan mentega

BAHAN SAYUR GORENG:

IKLAN
  • 50gm kubis | dihiris
  • 1 tangkai daun  bawang | dihiris
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu makan mentega
  • 3 ulas bawang putih | dihiris

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk memasak ayam, cairkan mentega dan goreng ayam bersama bawang putih hingga masak.
  2. Kemudian masukkan kicap sotong dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
  3. Setelah ayam eklihatan garing, masukkan tauge. Kacau hingga sebati dan biarkan seketika.
  4. Padamkan api, angkat.
  5. Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga garing.
  6. Masukkan kesemua sayur dan tumis hingga lembut.
  7. Perasakan dengan kicap dan lada sulah. Angkat.
  8. Sediakan nasi putih dan nikmati bersama ayam serta sayur goreng tadi. Enak dinikmati panas-panas.

Info chef:  Garam tidak diperlukan kerana kicap sotong sudah mempunyai rasa masin.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI