Anda dan keluarga suka sangat nikmati sajian ayam panggang? Resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang terbaik dan boleh dicuba. Lengkap dengan resipi Air Asam. Tengok gambar je pun dah emmbuka selera. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK AYAM PANGGANG SERAI AIR ASAM

1. AYAM PANGGANG

Resipi Ayam Panggang Serai Air Asam Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana – boleh masak seekor atau potong empat

BAHAN PERAP:

  • 7 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 3 batang serai – hiris nipis dan tumbuk halus
  • 1 sudu makan (penuh) serbuk lada hitam kasar
  • 3 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh paprika
  • 1 sudu teh serbuk cajun
  • 4 sudu makan minyak jagung
  • 1/2 biji jus perahan limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Aji – optional

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan perapan dan gaul sebati. Lumur pada ayam hingga rata.
2. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
3. Untuk memasaknya, panggang ayam dalam ketuhar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga ayam cukup masak.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama air asam.

IKLAN

 

2. AIR ASAM

Resipi Ayam Panggang Serai Air Asam Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun kesum
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk beras pulut sangai ( thai toasted rice powder)
  • 4 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan gula kelapa thai ( thai palm sugar) – boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu makan pes asam ajwa – larutkan dengan sedikit air panas
  • 2 sudu makan thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya
  • 1 sudu makan minyak masak/zaitun/jagung – optional

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Sesuaikan rasa dengan selera anda.
2. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar.

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Adnilsam Apat

 

Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

IKLAN

 

Nak lebih banyak resipi mudah dan sedap guna OVEN? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Ayam Panggang Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sedap!

Cara Buat Pizza Homemade Sedap & Comfirm Jadi.

Resipi Kek Ros Santan Gebu Paling Mudah Buat


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI