Ayam Masak Merah memang cukup sinonim dengan kenduri kahwin. Ada berbagai versi Ayam Masak Merah namun Ayam Masak Merah Ala Kampung tetap menjadi pujaan hati. Marilah kita cuba resipi Ayam Masak Merah Ala Kampung seperti yang dikongsikan oleh Liza Idris Menu ayam ‘special’ ini bukan sesuai dijadikan santapan untuk hari istimewa sahaja tetapi hari biasa pun boleh juga termasuk untuk majlis rumah terbuka.
RESIPI AYAM MASAK MERAH ALA KAMPUNG
BAHAN UTAMA:
1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit
BAHAN DIKISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
BAHAN SOS:
3 sudu besar sos cili – BELI ONLINE
2 sudu besar sos tomato – BELI ONLINE
2 sudu besar sos tiram – BELI ONLINE
1 sudu besar kicap – BELI ONLINE
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Herba 4 sekawan
CARA MEMBUAT:
1. Tumiskan semua bahan-bahan kisar.
2. Masukkan herba empat sekawan.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau seketika.
4. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
5. Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Masak seketika dan angkat. Hidangkan.
Sumber kredit: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=lgSX-dhc808
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Ayam Goreng Kunyit Rasa Lebih Sedap dan Padu, Ikut Resipi Ini
Menu ringkas tapi menyelerakan. Jika tiada idea nak masak dan makan apa, apa kata buat ayam goreng kunyit. Menu lengkap dengan sayuran. Tambah pula sambal belacan dan kicap manis. Mantap!
Ikuti perkongsian Wan Iskandar dalam menghasilkan ayam goreng kunyit yang sedap ala restoran Tomyam ini. Paling penting, ayam perlu diperap agar dapat merasakan kelazatan ayam yang telah diserap ramuan perapnya. Barulah jadi luar biasa sedapnya.
BAHAN-BAHAN:
Ayam (dipotong kecil-kecil)
Garam – Boleh beli online di sini
Serbuk kunyit
Tepung jagung – Boleh beli online di sini
Cili giling/ cili kisar – Boleh beli online di sini
Kacang panjang
Bawang Holland – Boleh beli online di sini
Cili besar
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Gaulkan garam, kunyit, tepung jagung dan cili giling bersama ketulan ayam. Gaulkan sekata. Perap sekurang-kurangnya setengah jam.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.
Ayam dah masak, masukkan pula kacang panjang, cili dan bawang Holland. Goreng selama 2 hingga 3 minit.
Kemudian angkat. Dah siap.
Sedia untuk dinikmati.
Sedap dihidangkan sekali dengan sambal belacan pedas dan kicap manis. Memang padu!
Kredit: Wan Iskandar
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Peminat Kuih Tepung Bungkus Gedik, Boleh Cuba Tanpa Daun Pisang
Sedap dan Mudah, Lasagna Daging Cheese Tertarik Ini Memang Padu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Kata orang, masakan reneh guna air atau senang cakap, sup atau rebus ni masakan malas, tapi kalau kena pada cara memasak, yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak.
Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna cara masak yang sama seperti sup. Untuk anda semua berikut RASA kongsikan 8 menu sup atau rebus yang boleh anda semua cuba.
BENING BEBOLA AYAM & FAT CHOY HOMEMADE
BAHAN BEBOLA AYAM:
1 mangkuk isi ayam kisar
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung gandum
1 pokok daun bawang | hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cukup rasa
Secubit garam
BAHAN LAIN:
2 pokok sawai Fat Choy
1 biji tomato | potong dadu
2 ulas bawang merah | hiris
1 biji bawang putih | titik
2 hirisan halia muda | hiris
1 kiub perasa ayam
3 cawan air
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bebola ayam. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
2. Uli hingga semua bahan sebati (jika terlebih boleh tambah sedikit tepung lagi).
3. Bentukkan doh menjadi bulat hingga habis adunan. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan bebola ikan tadi.
4. Rebus hingga bebola timbul. Angkat dan ketepikan. Seterusnya untuk menyediakan bening, masukkan air dalam periuk.
5. Kemudian tambahkan di dalamnya hirisan bawang, halia dan bawang putih titik.
6. Setelah air rebusan mendidih masukkan kiub perasa ayam, garam dan perasa secukupnya.
7. Seterusnya masukkan semula bebola ayam, Fat Choy dan hirisan tomato. Kacau lebih kurang 2-3 minit lagi.
8. Tutup api, angkat masukkan dalam mangkuk dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang serta bawang goreng, kemudian hidangkan.
SUP WANTAN JERNIH
BAHAN-BAHAN:
10-15 keping kulit wantan
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 biji tomato | dadu halus
3 biji cili padi | hiris
3 cawan air
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | ketuk
2 cm halia muda | hiris
1 kiub pati ayam
Garam dan perasa secukupnya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN ISI WANTAN
250gm isi ayam kisar
2 sudu makan tepung ubi /kanji
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan isi wantan, campurkan semua bahan isi dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.
2. Sementara itu, ambil kulit wantan, isikan di tengahnya dengan sedikit campuran isi ayam tadi.
3. Kemudian kemaskan seperti sup bunjut. Lakukan hingga habis. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus wantan lebih kurang 3-5 minit.
4. Apabila timbul angkat,tos dan ketepikan. Sementara itu, isikan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
5. Didihkan atas dapur, setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa secukupnya. Masukkan wantan dalam mangkuk kemudian tuangkan sup di dalamnya.
6. Hiaskan di atasnya dengan hirisan daun bawang, cili padi dan tomato yang telah didadu kecil sebelum dihidangkan.
SUP MASAM MANIS MAKARONI SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan makarani | rebus dan tos
150gm isi dada ayam | potong dadu
150gm lobak merah | potong dadu
150gm timun Jepun | potong dadu
1 biji tomata | buang biji dan potong dadu
1 kiub pati ayam
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
3 ulas bawang merah | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih cincang, sos cili dan sos tomato. Renehkan di atas dapur.
2. Setelah mereneh masukkan isi ayam dan bahan sayur yang dipotong dadu tadi bersama stok ayam.
3. Setelah sayur empuk, masukkan macaroni yang telah direbus. Selepas 2-3 minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah cukup rasa, tutup api. Sup macaroni sedia dihidangkan.
PINDANG SERANI IKAN SENANGIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Senangin | siang, bersih dan tos
2 batang serai | titik
1 biji tomato | potong dadu
2 hirisan lengkuas | titik
2 keping asam gelugor
8 biji cili padi | titik
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
3 cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama bahan kisar, serai, lengkuas, cili padi titik dan asam gelugor. Renehkan atas dapur dengan api sederhana.
2. Setelah mendidih masukkan ikan, biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
3. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Setelah ikan masak dan cukup rasa, tutup api. Pindang ikan sedia dihidangkan.
SINGGANG DAGING BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan nanas dalam tin
1 biji tomato | belah empat
2 batang serai | titik
1 biji bawang besar | hiris
2 hiris lengkuas | titik
1 hirisan halia muda | titik
6 biji cili padi | titik
2 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Garam , gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian tambahkan pes cili kering, hirisan lengkuas, halia, dan serai. Masak atas dapur, apabila mendidih masukkan daging.
2. Setelah daging empuk, masukkan hirisan bawang, cili padi, tomato dan nanas.
3. Kemudian perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan perasa secukupnya. Setelah cukup rasa, tutup api. Singgang daging sedia dihidangkan.
SUP AYAM CAMPUR BERSAMA CENDAWAN SHIMEJI
BAHAN-BAHAN;
300gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1/2 paket cendawan shimeji
1/2 batang lobak merah | potong dadu
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
2 hirisan halia
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
3 cawan air | boleh tambah jika perlu
BAHAN SAMPINGAN:
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan hirisan daun bawang
1 sudu makan hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Renehkan di atas dapur, setelah mendidih, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
3. Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit. Masukkan pula cendawan. Kacau rata.
4. Seterusnya, perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
5. Tutup api, masukkan sup dalam mangkuk dan tabur di atasnya dengan daun bawang, ketumbar serta bawang goreng.
SUP CENDAWAN BUTANG DENGAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 biji cendawan butang segar | hiris nipis
150gm isi dada ayam
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
1 hirisan halia
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh lada sulah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
3. Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Setelah cukup rasa. Tutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur
3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
4 batang jejari ketam | siat memanjang
1/2 sudu makan serbuk sup sayur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 hirisan halia muda
Garam dan gula secukup rasa
3 cawan air
1 sudu makan hirisan daun bawang
1 sudu makan hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan batang seleri
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
3. Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. Setelah cukup rasa. Tutup api.
4. Sementara itu isikan air dalam kuali non stick. Renehkan. Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
5. Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup. Lakukan hingga habis telur.
6. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng. Sup telur sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Nugget Homemade , Panas-panas Dari Kuali..Perggh
Buat nugget ni senang aje. Tapi dek sebab banyaknya jenama nugget dah siap proses kat pasaraya, tu yang beli aje.
Tapi nugget buatan sendiri ni lain macam sedap dan manisnya. Makan panas-panas sedap ni oooi. Kosnya pun murah sangat, lagi jimat buat sendiri kan.
NUGGET HOMEMADE SUPER ENAK
.
BAHAN-BAHAN :
- Isi ayam- cincang halus kisar sedikit
- Tepung gandum dalam 2 sudu
- 1/2 batang lobak merah | disagat
- Keju | jika nak letak
- 2 ulas bawang putih-cincang
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
.
CARA MEMASAK :
Gaul semua bahan,kukus dalam 10 minit..Bila sejuk,potong ikut bentuk yg kita suka.
Bahan tambahan
- 2 biji telur ayam
- 1 mangkuk breadcrums
.
CARA MEMASAK :
Pukul telur,celup nugget yang dipotong tadi dalam telur kemudian salut breadcrums..Boleh terus goreng
Kredit Resepi : nor hidayah yahaya