Bagi penggemar menu Ayam Kicap, resipi perkongsian saudari Maya Miera ni tentunya anda harus cuba. Lain dari Ayam Kicap yang bias akita makan tu. Bahan-bahan penyediaannya tidak terlalu sukar dan kebanyakannya memang sudah sedia ada di dapur. Kombinasi rasa pedas dan manis menjadikan sajian ini digemari ramai. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
Bosan dengan menu lemak dan kari, apa kata cuba pula menu rebus dan sup yang ringkas tapi tetap sedap sebagai lauk hidangan . Menu seperti ini sangat praktikal dan jimat masa dan kos.
Selain mudah disediakan menu ini lebih sihat dan patut dimasukkan dalam menu harian keluarga. Rasa kongsikan lima resipi yang boleh korang pilih mana satu yang menambat selera.
1. SUP DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
2. SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula.
Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
3. SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
4. SUP IKAN IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
5. SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
6. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN MEMASAK SUP, JOM LAYARINYA DI SINI. PILIH AJE MANA YANG BERKENAN DI HATI.
Masakan Indonesia sememangnya dekat dengan masyarakat Malaysia. Penggunaan bahan-bahan yang hampir sama, membuatkan hidangan dari seberang ini sangat digemari ramai dan senang dicuba.
AYAM BERLADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
Angkat ayam dari periuk.
Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
Tak perlu ditumis. Tak perlu bawang dan minyak masak pun. Tapi rasanya tetap sedap. Inilah gaya siput sedut masak lemak yang direka oleh pelakon drama popular, Jasmin Hamid. Dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak Jasmin bersama anak bujangnya, Ian Haziq Macquistan telah memasak hidangan ini. OK, RASA kongsikan resipi hidangan siput sedut masak lemak gaya Jasmin Hamid yang dimasakkan sendiri oleh Haziq. Selamat mencuba korang!
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK GAYA JASMIN HAMID
BAHAN-BAHAN
2 inci kunyit
10 tangkai cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan
Air secukupnya
1 mangkuk siput sedut | dipotong hujungnya
1 keping asam keping
2 tangkai serai
2 helai daun kunyit | dihiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar kunyit dan cili padi.
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi bersama serbuk kunyit.
3. Masukkan santan. Biarkan santan mendidih seketika.
4. Masukkan siput sedut. Tambahkan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
6. Masukkan garan dan gula. Biarkan didih seketika.
7. Matikan api dan sedia dihidang.