Sajian Ayam Kicap tentunya menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak yang tidak gemar sajian yang pedas. Menerusi perkongsian saudara Srezuan Nazlan Ismaileliau telah berkongsi resipi Ayam ala 3 Budak Gemok yang menjadi kegemaran anak-anak. Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK AYAM KICAP ALA 3 BUDAK GEMOK

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

BAHAN-BAHAN:
Ayam – perap bersama garam dan kunyit
Sos tiram secukup rasa (beli online disini)
Kicap manis secukup rasa (beli online disini)

BAHAN RENCAH:
3 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih (beli online disini)
2 biji bawang besar (beli online disini)
Halia
1-2 tangkai daun kari
Rempah 3 sekawan ( kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih)

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama garam dan serbuk kunyit hingga masak. Angkat dan ketepikan.

IKLAN

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

2. Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang besar, halia dan daun kari.

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

3. Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan juga rempah 3 sekawan.

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

IKLAN

4. Bila rencah sudah wangi dan agak garing, masukkan sos tiram dan kicap dengan secukupnya. Sebatikan. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram sudah memeberikan rasa masin.

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok. Sedap Tak Terkata

Kredit resipi & foto: Srezuan Nazlan Ismail

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan. Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Pais Ikan Kembung Sedap & Boleh Masak Cara Kukus Atau Bakar

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Secara Homemade

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI