Tak ada idea nak masak menu apa hari ni? Maklumlah bila setiap hari memasak, ada masanya akan putus idea. Jadi RASA nak berkongsi resipi Ayam Cili Kering stail cina muslim dari saudari Fatin Pauzi. Nampak sedap kan? Cara nak masak pun mudah. Apa lagi, jomlah cuba!
RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – dibersihkan
- Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
- Bawang putih – mayang – beli online disini
- 1 biji cili besar @ cili merah- mayang
- 3 biji cili padi – mayang
- 10 tangkai cili kering – potong kecil – beli online disini
- Daun kari
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya – beli online disini
- Pes asam jawa secukupnya – beli online disini
- Tepung gandum – beli online disini
- Telur
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.
2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.
4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.
5. Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.
6. Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
7. Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fatin Pauzi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tomato Jawa Pedas Kebabom Untuk Makan Tengahari
Resipi Cakoi Sedap Untuk Minum Petang. Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=cFiORQpE3_8
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Beras Wangi HORECA Ladang’57, Nasi Lebih Lembut & Sedap
Nasi adalah makanan ruji buat rakyat Malaysia. Di mana-mana dan sesiapa saja akan menjadikan nasi sebagai pelengkap dalam pemakanan seharian. Dan tidak hairan juga jika ada andaian menyatakan “anda belum makan jika tidak memakan nasi.” Ramai rakyat Malaysia sangat gemar menikmati beras wangi untuk hidangan harian di rumah.
Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan dihasilkan daripada beras seperti roti, laksam dan kuih muih. Untuk itu pemilihan beras terbaik sangat penting, bukan sahaja untuk mengenyangkan tetapi boleh membekalkan zat-zat yang diperlukan untuk tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak serta zat-zat logam seperti besi dan kalsium. Lebih daripada itu kita juga pastinya ingin memilih beras berkualiti, yang enak dan berbau harum.
Hari ini terdapat pelbagai jenis beras wangi berada di pasaran dan setiap jenis pasti memberi rasa dan hasil berbeza apabila dimasak. Dan kebanyakan beras wangi ini juga diimport dari luar negeri. Kini kita mempunyai pilihan beras wangi tempatan yang tidak kurang hebatnya. Malah setanding dengan yang sudah lama berada di pasaran.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (250gm)
Beras Wangi HORECA Ladang’57, jenama terbaru beras wangi tempatan pertama yang dikomersialkan di Malaysia ini mempunyai segala kualiti yang diperlukan. Dihasilkan dan diuruskan oleh syarikat perniagaan produk pertanian dan makanan, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) iaitu anak syarikat kepada FGV Holdings Bhd (FGV), syarikat agrobisnes utama negara.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (2kg)
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan di rumah, malah sangat sesuai dijadikan pilihan untuk perniagaan sama ada di restoran, kafe dan hotel. Rasanya yang sedap dan harum pasti membuat pelanggan merasa lebih gembira kerana dihidangkan dengan nasi berkualiti tinggi.
LEMBUT & HARUM
Lembut dan sedap dimakan, kualiti Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini mempunyai bau yang harum pandan dan setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat, lembut. Mudah untuk dimasak dan berasnya yang tidak hancur. Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini tidak menyebabkan paras gula dalam badan meningkat jika diambil dengan kuantiti yang banyak, jadi sangat baik untuk semua.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (5kg)
Malah lagi menarik, beras ini sangat sesuai buat mereka yang menghidapi penyakit diabetik dan bagus untuk kesihatan. Beras ini bentuknya yang panjang, teksturnya yang bersih dan terbukti selamat untuk digunakan, sesuai dimasak untuk menu pelbagai resipi seperti nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani, nasi goreng dan pelbagai lagi.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini didatangkan dalam tiga pek berbeza iaitu 5KG, 2kg dan juga 250g dengan harga RM30.00, RM12.00 dan RM2.00. Harganya memang sangat berbaloi dan berpatutan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 boleh layari www.ladang57.com.my atau scan QR code di bawah untuk info lebih lanjut.
RESIPI BERASASKAN NASI MENGGUNAKAN BERAS WANGI HORECA LADANG’57
NASI AYAM CLAYPOT
BAHAN-BAHAN A:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan
2 ½ cawan air rebusan ayam
1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN B:
½ ekor ayam | potong kecil
3 ulas bawang putih | tumbuk halus
3sm halia | tumbuk halus
6 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN C:
3 tangkai cili kering | potong kecil
4 biji cendawan shiitake | belah dua
Minyak bijan secukupnya
Garam secukup rasa
Cincangan daun bawang | untuk ditabur
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan B lalu gaul rata. Perap setengah jam.
2. Sementara itu, di dalam kuali kecil, panaskan sesudu kecil minyak bijan lalu goreng cendawan shiitake dan cili kering hingga wangi. Tutup api.
3. Di dalam periuk claypot, satukan semua bahan B lalu masak hingga separuh masak.
4. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi diatas nasi yang separuh masak tadi lalu tutup periuk claypot beserta cendawan shiitake dan cili kering goreng tadi. Teruskan memasak dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sempurna.
5. Setelah semua bahan masak, renjiskan sedikit minyak bijan dan tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan
2 cawan susu cair
½ cawan air
3 sudu makan tomato puri
3 sudu makan sup tomato dalam tin
2 sudu makan minyak sapi
1 tangkai daun pudina
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh garam
Kacang gajus goreng & kismis | untuk ditabur
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
½ biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan kisar lalu tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan tomato puri, susu cair, sup tomato dan air. Kacau hingga semua bahan sebati. Tutup api.
4. Tuang semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi.
5. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih. Tambah garam. Kacau rata dan masak nasi hingga tanak.
6. Setelah nasi masak, masukkan daun pudina dan gembur nasi rata. Tabur kacang gajus goreng dan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk-pauk pilihan.
RICE PUDDING
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar
1 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan
1 cawan air
½ cawan gula kastor
1 sudu teh garam
½ sudu teh air ros (mawar)
Serbuk kulit kayu manis secukupnya
Cincangan kekacang panggang (walnut/badam/hazelnut)
Hirisan buah mangga
Hirisan buah pisang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama susu segar. Didihkan dengan api kecil sambal kacau berterusan supaya bahagian bawah tidak hangit.
2. Masukkan air, garam dan gula. Masak lagi hingga hingga nasi lembut. Renjis air ros lalu kacau rata.
3. Tabur sedikit serbuk kulit kayu manis di atas pudding nasi. Tabur kekacang panggang, hirisan buah mangga dan buah pisang sebagai pelengkap hidangan. Hidangkan panas.
Cara-Cara Masak Nasi Kukus Ala Gerai. Mudah, Cepat Masak & Tak Berkerak.
Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- Beras
- Air
- Bekas ( seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL:
- Cili merah
- Cili padi
- Air Asam Jawa
- Belacan
- Garam secukup rasa
- Perisa | jika suka
- Limau nipis @ limau kasturi
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Yatie Tie
BACA JUGA:
Resipi Ayam Goreng Berempah Sukatan 1 Ekor Ayam. Mudah & Elok Berserdak!
Menu Gulung-gulung’… Inti Sedap Best Buat Berbuka dan Moreh Nih.
Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan waktu buka dan moreh.Buat sahur pun boleh.. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- ¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
- 6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
- ½ cawan parutan lobak merah
- ½ cawan sengkuang yang diparut
- 20gm badam panggang | ditumbuk kasar
- 3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
- Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak :30 minit
Cara memasak : Digaul tanpa masak
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
- 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
- ¾ cawan tomato yang didadu
- 11/2 cawan keju cedar yang diparut
- 1 cawan pistachio panggang
- 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
- 6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang holland /dicincang halus
- 1 ulas bawang putih/ dicincang halus
- 100 gm dada ayam/ dipotong kecil
- Garam secukup rasa
- 6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
- 3 cawan salad /dipotong kecil
- 1 1/2 keju cheddar parutan keju
- 1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
- 3 sudu makan mayonis
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit
4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan.
5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan.
6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Mexico
Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
- 170 gm soo hoon (dicelur)
- 6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
- 12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
- 1/2 kubis china (dihiris halus)
- 200 gm lobak merah (dihiris halus)
- 200 gm timun (dihiris halus)
- 200 gm saderi (dihiris halus)
- 200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
- 50 gm parsli Cina (dihiris halus)
- 50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
- 50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
- 50 gm taugeh
BAHAN SOS :
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 1/4 sudu teh gula
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di
kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.