Keenakan ayam bakar terletak pada rempah perapan yang enak. Sekarang ni kaum ibu lebih suka cuba masakan yang sedap tapi mudah nak buat. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Ayam Bakar Tok Abah perkongsian saudari Jamilah Ahmad. Sangat mudah kerana hanya menggunakan 5 bahan yang mudah sahaja. Tak perlu kisar rempah pun. Berbaloi cuba ni.

CARA MASAK AYAM BAKAR TOK ABAH

Resipi Ayam Bakar Tok Abah Sangat Mudah. Guna 5 Bahan Je.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – dibersihkan
  • 2 paket perencah nasi goreng – jenama ikut suka. Empunya resipi guna Adabi.
  • 1 paket perencah tomyam – jenama ikut suka. Empunya resipi guna Adabi.
  • 1 sudu makan gula – jika suka manis, lebihkan.
  • Garam jika perlu sahaja sebab perencah suda ada rasa masin

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan perencah nasi goreng, perencah tomyam dan gula. Gaul hingga sebati.
  2. Kemudian lumur bahan campuran tadi pada ayam hingga rata.
  3. Perap selama 2 jam atau lebih. Lebih lama perap, lebih sedap.
  4. Bakar ayam hingga masak.
  5. Campur 1 sudu makan minyak pada air lebihan perapan. Sapu pada ayam sewaktu bakar. Ia bertujuan untuk hasilkan ayam bakar yang sempurna.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jamilah Ahmad

IKLAN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI