Ayam bakar atau panggang persis sajian restoran mahal ni nampak mudah dan senang disediakan. Bahan-bahannya pun ada dijual di pasaraya. Bagi anda yang nak cuba sajikan hidangan ini buat keluarga, resipi perkongsian Puan Salimah Olie ini adalah yang terbaik untuk dicuba. Nak makan dengan nasi boleh, nak hidang dengan pasta dan kentang putar pun sesuai. 

 

CARA MASAK AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

Resipi Ayam Bakar Ala Kenny. Mudah, Sedap & Berbaloi Cuba.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong 4 bahagian

Bahan A :

IKLAN
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je. 
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 sudu makan gula 
  • 100ml air 
    (Kisar semua bahan diatas)

Bahan B :

IKLAN
  • 2 sudu madu
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan A & B dan lumurkan pada ayam. Balut bekas dengan plastic wrap  dan perap 1@2 jam dalam chiller. Kalau perap 4@5 jam lagi sedap.
  2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 220C selama 1 jam atau bakar menggunakan pemanggang ajaib hingga masak.  
  3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Ayam Bakar Ala Kenny. Mudah, Sedap & Berbaloi Cuba.

Kredit resipi & foto: Salimah Olie

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI