Ayam bakar ini memang mudah untuk disediakan asalkan cukup bahan di dapur. Masak sendiri sebenarnya lebih puas hati, apatah lagi jika lihat anak-anak makan dengan penuh selera. Bagi anda yang mahu mencuba hidangan ini, boleh cuba resipi perkongsian oleh Fazilawati Binti Padzil ini. Nak makan dengan nasi boleh, pasta pun boleh.

RESIPI AYAM BAKAR SEDAP

Resipi Ayam Bakar Mudah, Berbaloi Cuba

 

BAHAN-BAHAN:

  • 12 ketul ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili kimball
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar serbuk perasa hilal / yg sediaada
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 ulas bawang putih tumbuk kasar

 

BAHAN DIKISAR KASAR

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam

 

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN

1. Gaulkan semua bahan dan serap semalaman.

Resipi Ayam Bakar Mudah, Berbaloi Cuba

 

2. Bakar pada suhu 180°c – 200°c selama 40 minit.

IKLAN

Resipi Ayam Bakar Mudah, Berbaloi Cuba

Resipi Ayam Bakar Mudah, Berbaloi Cuba

 

3. Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Siap!

IKLAN

Resipi Ayam Bakar Mudah, Berbaloi Cuba

Resipi Ayam Bakar Mudah, Berbaloi Cuba

 

Jika anda mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, boleh cari DISINI.

KREDIT FOTO & RESIPI: FAZILAWATI BINTI PADZIL

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI