Perkongsian resipi atas talian ( online ) menerusi laman sosial ini memang sangat ‘berhantu’. Kenapa admin cakap berhantu? Mana tak nya, sangat banyak resipi-resipi menarik serta mudah yang boleh dicuba sehinggakan ada sesetengah darinya menjadi tular. Semua orang nak cuba buat dan ‘post’ hasil masakan masing-masing. Ada yang menjadi elok, dan ada yang sebaliknya. Malah, perkongsian sebegini juga memperkenalkan kita dengan kawan-kawan alam maya yang baru serta menambah ilmu masakan.

Minggu ini resipi paling hangat di grup-grup masakan adalah APAM 3 BAHAN. Hanya guna tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan apam yang enak dan gebu. Nak cuba buat juga? Jom lihat resipi perkongsian saudara Al Mizan Ibrahim ini.

APAM 3 BAHAN

Resipi Apam Viral. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja. Mudah Sungguh!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan telur ( lebih kurang 3 biji)

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. ( boleh guna blender).
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun sebati. ( jika suka apam berwarna, boleh warnakan ikut warna kegemaran.)
  3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Tuang adunan apam.
  4. Kukus lebih kurang 20 minit. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Apam Viral. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja. Mudah Sungguh!

IKLAN

Nota:

  1. Setelah kukus selama 20 minit, cuba check apam. Jika tengah masih belum masak, kukus lagi hingga masak sekata.
  2. Bagi mengelakkan air menitis diatas apam, tutup permukaan acuan menggunakan plastik. Kemudian, tutup penutup kukusan menggunakan kain juga. Barulah air tidak menitis.

INFO RASA:

IKLAN
  1. Sebaiknya pukul telur dan guna menggunakan mixer & bukan blender.
  2. Guna telur ayam segar bersaiz A.
  3. Tepung perlu diayak terlebih dahulu.

 

Kredit resipi & foto: Al Mizan Ibrahim.

CUBA JUGA: 

Suka Makan Karipap Sardin? Ini Cara-Cara Menyediakan Intinya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI