Tekak ni rasa nak makan masakan antarabangsa pulak tapi dalam masa yang sama nak berjimat. Tidak perlu tunggu ke merata dunia kerana di dalam negara kini ada pelbagai restoran, café dan hotel ada menawarkan  bermacam jenis masakan negara luar. Malah ada yang telah difusionkan sesuai dengan cita rasa tempatan.  Nah chef dari VE HOTEL & RESIDENCE berkongsi resipi.

Nampak mudah, cepat dan semestinya sedap!

Resipi Antarabangsa. Nasi Goreng Mun Fan Nampak Simple Kena Dengan Selera!

MUN FAN

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK NASI GORENG:

  • 80gm nasi
  • 40gm Siew Pak Choy
  • 40gm lobak merah
  • 20gm halia muda
  • 80gm udang saiz XL | buang kulit
  • 60gm isi dada ayam
  • 60gm sotong
  • 2 biji telur
  • 5gm   bawang putih
  • 1/2 keping fish cake
  • 10gm garam halus
  • 10gm  pati ayam
  • 10gm gula
  • 120gm scallop

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Pecahkan telur, kacau rata dan masukkan nasi. Kacau lagi.
  3. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api dan ketepikan.
  4. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak tumis bawang putih,kemudian masukkan air dan stok  pati ayam.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan  tepung ubi sedikit demi sedikit hingga  mendapat kepekatan yang diperlukan kemudian  masukkan sayuran.
  7. Masukkan nasi goreng dalam pinggan, kemudian tuangkan kuah di atasnya.
  8. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Hidangan perlu dimasak hanya bila ingin sedia dihidangkan sahaja kerana ia hanya enak dihidangkan panas-panas.

…………

Saiz hidangan: 1 orang.

IKLAN

Masa Memasak: 30 minit.

Cara Memasak:  Tumis.

Jenis Masakan:  Cina (ala carte).

IKLAN

Keistimewaan:   Enak dan sesuai untuk anda yang tidak gemarkan pedas

Anggaran kos RM15

 

Satu lagi resipi antarabangsa khas datang dari Indonesia yang boleh anda cuba! Klik sini ya.

Resipi Nasi Goreng Kambing Viral. Menu Street Food Popular Indonesia.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI